Zhou Dan, mahasiswa tahun tiga Universiti Zhejiang China memulakan kerja sementaranya di restoran McDonald's pada tempoh cuti musim panas ini. Dia merancang mendapat duit dari kerjanya untuk melancong ke Tiga Gaung Sungai Yangzte.
Zhou Dan berkata, "adalah sewajar bagi saya yang sudah dewasa untuk mencapai cita-cita melalui usaha sendiri. Hampir semua kawan sekelas saya telah mempunyai rancangan pada musim cuti panas ini, ada yang ingin mengadakan pelancongan, menyertai kursus untuk melanjutkan pelajaran, atau bekerja sementara untuk mendapat duit.
Cuti musim panas yang selama hampir dua bulan telah menyediakan peluang kepada mahasiswa untuk menikmati kehudipan berdikari.
Xu Jianping, mahasiswa jurusan kejuruteraan biologi Universiti Zhejing tidak ingin balik kampung halamannya pada cuti musim panas ini. Menurut beliau, walapun kebanyakan kawan sekelas saya merupakan anak tunggul dan sentiasa dimanjakan oleh ibu bapa, namun kehidupan di universiti telah menambah pengalaman kami untuk hidup secara berdikari. Menurut rancangan Xu Jianping pada cuti musim panas ini, beliau merancang mengambil masa selama sebulan untuk belajar di universiti, dan menggunakan masa yang lain untuk melancong ke luar.
Yang Jianjing, mahasiswa Universiti Perguruan Zhejiang akan bersama-sama kawannya dan mahasiswa Institut Pengajian Media Zhejiang berkunjung ke Pusat Pemulihan Kanak-kanak Cacat Provinsi Zhejiang dan menghiburkan kanak-kanak cacat di sana. Selain itu, Yang Jianjing juga akan mengambil bahagian dalam aktiviti mengeliling bandar dengan berbasikal dan menyertai persembahan kesenian di lapangan yang bertujuan untuk menyeru penduduk agar mengutamakan pendidikan moral terhadap orang remaja.
Kini, semakin ramai mahasiswa China mulai melibatkan diri dalam kehidupan berdikari dalam cuti musim panas yang masanya agak panjang dan mendapat keseronokan daripada itu. Yang lebih penting adalah mereka telah menyedari adalah perlu untuk memberi sumbangan kepada masyrakat dengan kemampuan sendiri.
|