Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2004-07-21 09:26:52    
Kawasan Timur Laut China akan Dibangunkan Semula Pangkalan Sumber Tenaga

Agensi Berita Xinhua China
Kawasan Timur Laut China terkenal kerana mempunyai medan minyak Daqing dan beberapa pangkalan pengeluaran arang batu, oleh sebab penggalian dan perlombongan sumber terlalu banyak di sana, telah menimbulkan kebimbangan orang ramai terhadap penggunaan sumber di timur laut China. Akan tetapi, penemuan sumber minyak dan gas asli yang baru di situ serta penggunaan teknologi pencari-galian yang baru akan menjadikan semula kawasan timur laut China sebagai pangkalan sumber tenaga China.

Kawasan Timur Laut China mempunyai sumber alam yang kaya dan merupakan pangkalan pengeluaran minyak dan arang batu yang penting di China. Jumlah pengeluaran minyak 3 provinsi di kawasan timur laut China menempati 2/5 jumlah pengeluaran minyak China, jumlah pemprosesan minyak menempati 2/7 di seluruh negara. Menurut kertas putih "Dasar Sumber Perlombongan China" yang dikeluarkan oleh kerajaan China pada tahun 2003, di China telah menemui 171 jenis gali-galian, antaranya jumlah simpanan daripada 158 jenis galian telah dicari-gali. Di provinsi Hei Longjiang telah menemui 134 jenis gali-galian, antaranya jumlah simpanan beberapa jenis galian yang penting menduduki tempat teratas di seluruh negara.

Gabenor Provinsi Hei Longjiang, Zhang Zuoji dalam sidang yang diadakan di Shenyang mengumumkan bahawa baru-baru ini, di sekitar medan minyak Daqing telah menemui medan minyak dan gas asli dengan rizab minyak beberapa ratus bilion meter batu, selepas dicari-gali ia akan mengeluarkan 10 juta tan minyak setiap tahun, akan membekalkan sumber yang mencukupi kepada pembangunan ekonomi di kawasan timur laut China.

Medan minyak Daqing yang terletak di provinsi Hei Longjiang merupakan pangkalan pengeluaran minyak yang paling besar di China. Ia mengeluarkan minyak lebih 50 juta tan setiap tahun berturut-turut 27 tahun. Pada tahun lalu, medan minyak Daqing mengurangkan pengeluaran, buat kali pertama menurunkan jatah pengeluaran minyak kepada kurang 50 juta tan.

Medan minyak Liaohe yang terletak di provinsi Liaoning merupakan medan minyak ke-3 terbesar di China. Provinsi Liaoning juga mempercepat pencarigalian sumber minyak dan gas asli dalam laut.

Tentang bidang pengeluaran arang batu, Gabenor Provinsi Hei Longjiang Zhang Zuoji menyatakan akan menstabilkan skop dan daya pengeluaran secara berterusan arang batu di kawasan timur, mempercepat pembinaan perlombongan yang baru, meningkatkan taraf mesin penggalian arang batu.