Sidang Ahli Sains Biologi Orang China Sejagat Tahun 2004 telah dirasmikan di Beijing pada 19 Julai. Menteri Sains dan Teknologi China, encik Xu Guanhua dalam upacara perasmian sidang itu mendedahkan bahawa China akan menambah banyak peruntukan penyelidikan, terutamanya menyokong beberapa pusat penyelidikan dan kumpulan penyelidik, serta mengundang ahli sains antarabangsa di lingkungan sedunia untuk mendorong perkembangan teknologi biolog.
Setelah memasuki abad ke-21, pertambahan bilangan penduduk, kekurangan makanan dan sumber, pencemaran alam sekitar dan kekurangan sumber tenaga telah menjadi cabaran serius yang dihadapi dalam perkembangan kehidupan manusia. Menteri Sains dan Teknologi China, encik Xu Guanhua dalam sidang tersebut berkata, penggunaan teknologi biologi yang baru akan mendatangkan pengaruh besar dalam bidang pertanian, ubat-ubatan, alam sekitar dan sumber tenaga. Kerajaan China akan mengambil pelbagai tindakan untuk mendorong perkembangan teknologi biologi.
Xu Guanhua berkata, sains jiwa dan teknologi biologi telah digunakan dalam bidang ekonomi dan kehidupan rakyat. Perkembangan China dalam teknologi biologi masih ketinggalan.
Difahamkan, untuk mempercepat perkembangan teknologi biologi, baru-baru ini, China telah menubuhkan kumpulan pimpinan penyelidikan dan penggunaan teknologi biologi negara; selain itu, Persatuan Sektor Teknologi Biologi ditubuhkan untuk meningkatkan pengemasan dan pengawalan sektor biologi. Serentak itu, China telah menggubal program perkembangan teknologi biologi dan penggunaan teknologi itu, menetapkan keutamaan dan arah perkembangan teknologi biologi dan penggunaan teknologi itu di China pada tempoh 20 tahun yang akan datang.
Akademi Sains China sebagai badan penyelidikan dengan skop paling besar dan taraf paling tinggi di China juga mengutamakan sains jiwa dan perkembangan biologi. Presiden Akademi Sains China, encik Lu Yongxiang menyatakan, pada tahun-tahun kebelakangan ini, China telah mencapai beberapa kemajuan dalam bidang teknologi biologi. Hasil itu juga dicapai atas sumbangan perantau China. Ramai pelajar China belajar di luar negara kembali ke China untuk berkhidmat kepada tanah air, mereka mendatangkan konsep sains, cara fikiran dan teknologi yang baru, telah mendorong perkembangan teknologi biologi China.
|