Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2004-07-20 09:29:29    
Malaysia akan Hantar Pasukan Perubatan ke Iraq

Agensi Berita Xinhua China
Menurut Agensi Berita Xinhua China bahawa Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang sedang melawat A.S. semalam setelah mengadakan rundingan dengan Presiden A.S. George. W. Bush mengumumkan, Malaysia akan menghantar satu pasukan perubatan yang besar ke Iraq.

Abdullah Ahmad Badawi berkata, Malaysia berharap menyertai pembangunan semula di Iraq dan sebanyak mungkin membantu negara itu.

Ketika memperkatakan hubungan dengan A.S., Abdullah Ahmad Badawi berkata, walaupun kedua-dua negara Malaysia dan A.S. mempunyai pendapat yang berbeza mengenai pelbagai isu termasuk isu Iraq dan konflik Palestin-Israel, tetapi kedua-dua pihak sentiasa mengekalkan hubungan yang baik dalam banyak bidang seperti ekonomi dan pertahanan.

Bush berkata kepada pihak akhbar bahawa beliau telah mengadakan rundingan yang bersifat membina dengan Abdullah Ahmad Badawi tentang hubungan dua hala dan pelbagai masalah di kawasan Timur Tengah. Beliau merakamkan terima kasih kepada kerajaan Malaysia yang memberi sokongan dan menjalankan kerjasama dalam usaha antikeganasan.