Menurut berita CRI bahawa Stesen TV Arab yang beribu pejabat di Dubai, Emiriah Arab Bersatu melaporkan hari ini bahawa Angelo De La Cruz, tebusan Filipina yang diculik di Iraq pada awal bulan ini telah dibebaskan.
Berdasarkan keputusan kerajaan Filipina, pasukan bantuan kemanusiaan Filipina yang bertugas di Iraq telah diundurkan dari negara itu pada 19 Julai.
Tindakan tersebut memenuhi syarat yang dikemukakan oleh para penculik untuk membebaskan Angelo De La Cruz.
|