Dalam "Sidang Pertukaran Kerjasama Pembaharuan Sains dan Teknologi Perusahaan Peniaga Cina Kedua" yang diadakan baru-baru ini, Gabenor 3 provinsi di timur laut China telah memperkenalkan 6 bidang kerjasama kepada seramai 400 usahawan Cina yang menghadiri sidang itu.
Menurut Gabenor provinisi Liaoning China, Zhang Wenyue bahawa kerajaan provinsi Liaoning telah menawarkan 690 projek industri yang akan menggunakan pelaburan sebanyak 650 bilion Yuan Renminbi kepada pelabur asing dan berharap mereka mengadakan kerjasama dengan perusahaan dalam dan luar negara. Di samping itu, kerajaan provinsi Liaoning tetep mengalu-alukan pelabur melakukan pelaburan di industri teknologi canggih yang kini menjadi industri utama yang baru di provinsi itu. Dalam sektor pertanian pula, kerajaan Liaoning berharap mengembangkan industri pertanian tempatan melalui usaha bersama dengan para usahawan.
Selian itu, Pembinaan infrastuktur telah diadakan dengan lancar di Provinsi Liaoqing untuk memperbaiki suasana pelaburan. Dimaklumkan, 5 lebuh raya ekspres serta 4 empangan air yang besar akan siap dibina di Liaoning pada beberapa tahun akan datang. Selain itu, 2 pelabuhan bagi kapal yang beratnya 200 ribu tan boleh berlabuh serta 2 lapangan terbang yang diperluaskan akan dibuka kepada pelabur asing berdasarkan kelaziman antarabangsa. Dalam bidang kewangan, kerajaan Liaoning mengalu-alukan badan kewangan luar menubuhkan pejabat atau cawangannya di Shenyang, Dalian, Anshan dan bandar yang lain di provinsi itu. Selain itu, kerajaan Liaoning hendak mengembangkan industri pelancongan usaha sama dengan perusahaan asing.
Di samping itu, gabenor provinsi Jilin dan Heilongjiang di timur laut China juga telah memperkenalkan pelbagai projek yang dibuka kepada pelabur asing.
Dimaklumkan bahawa terdapat sebanyak ratusan projek telah dikemukakan kepada usahawan Cina dalam Sidang Pertukaran Kerjasama Pembaharuan Sains dan Teknologi Perusahaan Peniaga Cina Kedua kali ini. Antara Projek-projek tersebut melibatkan bidang industri, teknologi tinggi, mesin, elektronik bahan binaan industri kimia, sumber tenaga dan infrastuktur.
|