Tabung perubatan hospital untuk Pelajar Sekolah Rendah dan Menengah serta Bayi di Beijing yang dianjurkan bersama oleh Persatuan Palang Mereh, Suruhanjaya Pendidikan serta Biro Kesihatan bandar Beijing telah dirasmikan di Beijing. Sehubungan itu, para pelajar sekolah rendah dan menengah serta bayi di Beijing boleh menikmati insurans perubatan sebanyak 80 ribu Yuan Renminbi dengan membayar yuran 50 Yuan Renminbi saja setiap tahun.
Timbalan pengerusi Suruhanjaya Pendidikan Beijing, Du Songpeng berkata, tabungan itu disediakan bukan untuk tujuan perniagaan. Insurans perniagaan yang bertujuan untuk mendapat keuntungan itu hanya disediakan kepada golongan yang sihat, maka kanak-kanak yang sedang menghidap penyakit tidak boleh membeli insurans jenis itu. Manakala, perubatan perawatan hospital itu disediakan kepada bayi serta kanak-kanak di bawah umur 18 tahun kira mereka sihat atau sakit. Maka tabung itu ditubuhkan dengan prinsip membantu mereka yang sedang menghadapi kesukaran untuk membiayai kos perubatan.
Dimaklumkan, tabung perubatan hospital itu akan ditawarkan kepada seramai kira-kira 2 juta orang pelajar sekolah rendah dan menengah, serta bayi di bandar beijing. Namun, kanak-kanak yang ibu bapa mereka bukan penduduk Beijing tidak boleh menikmati tabung itu walaupun mereka menetap atau bersekolah di Beijing. Perkara itu berlaku disebabkan tabung itu hanya boleh disediakan kepada sebahagian kanak-kanak. Tabung seumpama itu di Shanghai pernah menyebabkan simpanan tabung itu tidak mencukupi disebabkan ia disediakan kepada kanak-kanak yang terlalu ramai. Itu akan menyebabkan lebih ramai kanak-kanak tidak mendapat bantuan.
Du Songpeng berkata, 50 Yuan Renminbi yang dibayar itu akan memberi jaminan perubatan kepada setiap pelajar sekolah rendah dan menengah serta bayi di Beijing. Ini merupakan satu usaha kebajikan yang berfaedah kepada masyarakat, keluarga dan golongan kanak-kanak.
|