Singapura akan Bina Terminal Syarikat Penerbangan Murah
Agensi Berita Xinhua China
Menurut Agensi Berita Xinhua, Jabatan Pentadbiran Penerbangan Awam Singapura semalam mengumumkan bahawa Singapura akan membina terminal syarikat penerbangan murah pertama di Lapangan Terbang Changi menjelang tahun 2006.
Jabatan itu dalam kenyataan mengumumkan bahawa terminal yang peruntukannya lebih 45 juta dolar Singapura akan siap dibina pada awal tahun 2006 dan dijangka seramai 2.7 juta orang transit di sana setiap tahun.
|
|