Sebanyak 17 buah kapal perang tentera laut Malaysia, Singapura dan Indonesia semalam memulakan rondaan di Selat Melaka bersama-sama buat kali pertama, tujuannya adalah untuk mencegah serangan pengganas dan lanun terhadap kapal yang belayar di Selat Melaka.
Ketiga-tiga negara tersebut berkongsi Selat Melaka. AP berkata, rondaan kali ini adalah untuk memperlihatkan kekuatan ketiga-tiga negara itu untuk mengelakkan laluan perkapalan yang sepanjang 900 kilometer mengalami serangan seperti kejadian "11 September". Mereka juga sedang mempertimbangkan untuk memperkenalkan dasar baru, mengizinkan pelbagai pihak memasuki wilayah perairan pihak jiran ketika mengejar kapal yang disyaki.
Pada Mac tahun ini, pegawai kanan tentera A.S. mencadangkan pasukan A.S. berkemungkinan akan memasuki Selat Melaka, memelihara keselamatan laluan perkapalan. Akan tetapi, cadangan itu ditolak oleh Indonesia dan Malaysia, mereka menganggap cadangan itu merupakan pencerobohan terhadap kedaulatan mereka. AP berkata, Singapura merupakan negara sekutu A.S. dan pernah menerima cadangan A.S..
Namun, Malaysia, Indonesia dan Singapura bersetuju memulakan rondaan mereka.
Sebagai sebahagian aktiviti rondaan semalam, anggota pasukan tentera laut Indonesia telah menaiki sebuah kapal untuk mengeledah kapal yang disyaki. Kapal perang berkuasa laju dan helikopter telah digunakan dalam rondaan itu.
Pakar keselamatan dan pegawai kerajaan menganggap, keganasan mungkin akan menyerang kapal yang melalui Selat Melaka untuk menghentikan perdagangan sejagat atau menjadikan kapal sebagai bom untuk mengebom sesebuah pelabuhan yang makmur di rantu ini.
Selat Melaka ialah laluan perkapalan yang sempit tetapi amat penting, setiap tahun hampir 50 ribu buah kapal akan melalui selat itu, mengangkut minyak dari Timur Tengah dan mengangkut barangan ke Eropah.
Dalam latihan kali ini, Indonesia menghantar 7 buah kapal perang, Malaysia dan Singapura mengarahkan 5 buah kapal perang masing-masing. Kapal tersebut berlabuh di pantai Pulau Batan Indonesia, kemudian menjalankan rondaan di laut yang berhampiran laluan perkapalan Selat Melaka.
|