Menurut Agensi Berita Xinhua China semalam bahawa dalam satu seminar yang diadakan baru-baru ini, Tang Zehui, pegawai Jabatan Pendidikan Wilayah Autonomi Etnik Tibet China menyatakan, sistem pendidikan etnik yang lengkap termasuk pendidikan kanak-kanak, pendidikan sekolah rendah dan sekolah menengah serta pendidikan sekolah pengajian tinggi telah ditubuhkan pada asasnya di Tibet. Maka hak rakyat pelbagai etnik terutamanya etnik Tibet mendapat pendidikan dijamin.
Dimaklumkan bahawa sejak pembaharuan demokratik dilaksanakan di Tibet pada tahun 1959, kerajaan pusat China telah memperuntukkan dana sebanyak 1.3 bilion yuan RMB untuk mengembangkan usaha pendidikan di Tibet dan nisbah bersekolah kanak-kanak Tibet ditingkatkan dari tidak sampai 2% ke 91.8% pada masa ini.
|