Berdasarkan statistik yang dikemukakan baru-baru ini bahawa pada setengah tahun pertama tahun ini, pendapatan penduduk kampung di provinsi Zhejiang China telah meningkat 14.1% pada tempoh yang sama pada tahun lalu, di samping itu pendapatan penduduk bandar telah meningkat 11.9%. Pendapatan penduduk kampung yang meningkat dengan lebih pesat berbanding penduduk bandar memang jarang berlaku sebelum itu.
Pada tahun 2003, jumlah pendapatan tahunan kaum tani purata provinsi Zhejiang yang berturut-turut dalam 18 tahun menduduki tempat pertama di China.
Pegawai kerajaan Zhejiang, Chen Dongling berkata, walaupun pendapatan kaum tani telah meningkat dengan ketara dalam tahun-tahun kebelakangan ini, namun jurang perbezaan pendapatan antara penduduk kampung dan bandar masih amat besar. Semenjak 1990-an, pembangunan sisioekonomi yang seimbang antara kawasan desa dan bandar yang diadakan di provinsi Zhejiang China telah meningkatkan serentak pendapatan kaum tani dan penduduk bandar.
Semenjak 1980-an, kaum tani provinsi Zhejiang mulai menceburkan diri dalam usaha perniagaan. Setakat ini, 80% pendapatan bagi kaum tani di provinsi Zhejiang diperolehi daripada gaji dan perniagaan sewasta. Berdasarkan penyelidikan terhadap 2700 keluarga petani di provinsi itu, pada setengah tahun pertama tahun ini, kadar gaji dalam semua pendapatan mereka telah meningkat kepada 51.8% daripada 25.6% pada tempoh yang sama tahun lalu.
Pada pertengahan 1990-an, kerajaan provinsi Zhejiang China mulai melaksanakan strategi pembangungan unibarsasi di bandar serta modenisasi di kawasan desa. Sehubungan itu, bandar dan kawasan desa di provinsi Zhejiang mulai mempercepat pembangunan.
Gu Yikang, Naib Ketua Pengarah Jabatan Pertanian Provinsi Zhejiang memaklumkan bahawa kaum tani yang merupakan tenaga utama bagi memperkaya masyarakat sedang menikmati keuntungan daripada kemajuan masyarakat.
|