Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2004-07-22 14:44:04    
Perpustakaan Hong Kong Mudahkan Para Pembaca

CRI
Terdapat sebanyak 70 buah perpustakaan yang dibuka kepada umum di Hong Kong yang mempunyai penduduk seramai 6 juta 800 ribu orang, dengan itu kurang daripada 100 ribu orang telah dapat mempunyai sebuah perpustakaan. Penduduk juga dapat pergi ke perpustakaan yang di sekitar tempat tinggal mereka di Pulau Li Hong Kong yang letaknya agak terpencil.

Perpustakaan awam Hong Kong adalah dibuka kepada semua pembaca. Para pembaca boleh pergi ke perpustakaan secara percuma tanpa menunjukkan kad pengenalan mereka.

Selain itu, pembaca boleh memilih beberapa buku yang mereka suka dan memilih meja yang sesuai untuk membacanya. sofa dan meja tulis telah disediakan untuk menyeronokkan dan memudahkan para pembaca. Tentulah seronok sekali membaca buku di depan jendela yang menghadapi teluk Victoria yang pemandangannya indah permai.

Sistem kawalan internet dilaksanakan di perpustakaan Hong Kong. Dengan itu, para membaca boleh mengembalikan buku di sebarang perpustakaan walaupun buku itu dipinjam dari perpustakaan yang lain. Laman web yang disediakan oleh perpustakaan telah membolehkan pembaca memanjangkan tempoh pinjaman buku dan memberi pesanan terhadap buku yang ingin dipinjam.

Semakin ramai penduduk Hong Kong mulai menikmati perkhidmatan yang baik dari perpustakaan. Perpustakaan Pusat Hong Kong yang baru dibuka selama 3 tahun telah menarik kedatangan pembaca seramai 20 juta orang, purata 16 ribu orang setiap hari. Sama ada kanak-kanak, mahu pun orang dewasa di Hong Kong suka datang ke perpustakaan untuk membaca buka.

Selain itu, pelbagai perpustakaan awam yang besar di Hong Kong selalu mengadakan akitiviti untuk meningkatkan minat penduduk untuk membaca buku. Antara akitiviti itu termasuk "Syarahan Kesusasteraan Hong Kong" serta atktiviti Syarahan yang bertajuk "Ahli Falsafah Zaman Moden dengan Masyarakat Hong Kong" yang dianjurkan oleh Perpustakaan Pusat Hong Kong baru-baru ini.