Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2004-07-22 19:40:46    
Zon Ekonomi China-ASEAN di Guangxi China

CRI
Kerajaan Wilayah Autonomi Etnik Zhuang Guangxi China pada penghujung tahun 2003 telah memutuskan, menubuhkan Zon Ekonomi China-ASEAN peringkat kebangsaan berdasarkan Zon Pelaburan Perantau China Nanning yang sedia ada. Dalam tempoh setengah tahun sejak Zon Ekonomi China-ASEAN ditubuhkan, zon itu telah mengalami perkembangan yang pesat dalam pelbagai segi dan menarik perhatian umm, zon ekonomi itu disebut sebagai "zon khas" Guangxi.

Kerajaan Guangxi berpendapat, sebagai satu saluran Ekspo China-ASEAN yang akan diadakan di Guangxi tidak lama lagi, penubuhan Zon Ekonomi China-ASEAN boleh menjadi jendela untuk menarik lebih banyak perusahaan ASEAN melabur di Guangxi serta menarik perusahaan China yang mengeksport barang ke ASEAN menubuhkan kilang di Zon Ekonomi Guangxi. Zon tersebut boleh menjadi satu arena yang menyediakan perkhidmatan untuk Ekspo China-ASEAN dan berdasarkan keperluan seluruh China, menyediakan keperluan seluruh dunia, menyediakan ruang untuk perdagangan, kerjasama teknologi dan pertukaran kebudayaan antara kedua-dua pihak, meningkatkan kesan Ekspo China-ASEAN serta menyediakan sokongan yang kekal dan berterusan terhadap Ekspo China-ASEAN.

Kerajaan Wilayah Autonomi Etnik Zhuang Guangxi China dan kerajaan Bandar Nanning bersama-sama berpendapat, menubuhkan Zon Ekonomi China-ASEAN di Zon Pelaburan Perantau China bukan sahaja boleh menggunakan dan mengobarkan keunggulan kawasan tersebut, tetapi juga boleh menyediakan peluang perkembangan yang baik kepada kawasan itu.

Zon Ekonomi China-ASEAN dengan perkembangan yang pesat dan keunggulan yang istimewa telah menarik perhatian umum. Pada 4 Mac lepas, Syarikat Padun yang mempunyai jumlah pelaburan 6 juta Dolar Amerika telah mengadakan upacara meletakkan batu asas di zon ekonomi itu, syarikat itu merupakan syarikat pertama yang memasuki zon itu. Pada 13 April, Zon Ekonomi China-ASEAN dan Syarikat Pelaburan Guangdong dan Guangxi Sdn.Bhd telah memeterai perjanjian rangka menubuhkan Zon Industri Guangdong, jumlah pelaburannya mencapai 10 bilion Yuan RMB, projek itu akan mulai dilaksanakan pada Oktober akan datang.

Dalam tahun ini, sudah terdapat lebih 300 perusahaan mengadakan peninjauan di Zon Ekonomi China-ASEAN, terdapat 12 perusahaan sudah memeterai perjanjian pelaburan, lebih 20 perusahaan sedang mengadakan perbincangan, 4 perusahaan baru menubuhkan kilangnya di zon tersebut, jumlah pelaburan melebihi 11 bilion Yuan RMB. Dijangka semasa Ekspo China-ASEAN diadakan, zon itu akan menarik lebih 10 projek lagi, jumlah pelaburannya mencapai 6 bilion Yuan RMB.

Zon Ekonomi China-ASEAN merancang, sejak tahun ini, menyediakan peruntukan sejumlah 200 juta Yuan RMB untuk meningkatkan pembangunan infrastruktur zon itu, menyediakan perkhidmatan yang baik dan menyempurnakan persekitaran.

Antara usahawan China dan luar negeri yang meninjau Zon Ekonomi China-ASEAN, Pengerusi Tetap Persatuan Orang Cina Jerman Encik Jiang Ping merupakan usahawan sangat terkenal. Beliau tiga kali meninjau zon itu dalam tempoh 4 bulan. Pada pertengahan Jun lepas, beliau memimpin 8 orang usahawan sekali lagi meninjau ke Zon Ekonomi China-ASEAN. Encik Jiang Ping menyatakan, matlamat tinjauan beliau kali ini adalah untuk menetapkan dengan segera projeknya di Zon Ekonomi China-ASEAN, ini kerana beliau mempunyai keyakinan terhadap masa depan zon itu.

Apa keunggulan Zon Ekonomi China-ASEAN?

Pertama, lokasi yang strategik. Zon itu hanya berjarak 36 kilometer dari kawasan Bandar Nanning, 39 kilometer dari stesen kereta api, 55 kilometer dari lapangan terbang, lebih 150 kilometer dari pelabuhan, jalan dari zon ekonomi itu ke tempat-tempat tersebut semuanya jalan raya ekspres.

Kedua, keunggulan tanah. Zon Ekonomi China-ASEAN seluas 179 kilometer persegi, tanahnya dimiliki oleh kerajaan, boleh dirancang, diteroka dan ditadbir secara bersatu padu. Ini berfaedah untuk pembangunan secara berterusan projek di zon itu.

Ketiga, ramai perantau China. Sekarang, terdapat lebih 7 ribu orang perantau China dari 9 negara anggota ASEAN tinggal di kawasan tersebut, mereka boleh menyediakan kemudahan untuk menarik pelaburan asing.

Dan keempat, dasar keutamaan. Usahawan di samping boleh menikmati dasar keutamaan pembangunan barat daripada kerajaan China, juga boleh menikmati dasar keutamaan dari segi kewangan dan cukai daripada kerajaan tempatan. Pengurusan Zon itu melaksanakan dasar kewangan yang fleksibel dan bersifat membantu, memberi ganjaran kepada penarik projek dan dana.

Andika