Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2004-07-22 13:23:17    
Hong Kong Tetap Hadapi Cabaran Isu Ambilan Kerja

Agensi Berita Xinhua China

Berdasarkan statistik terkini, jumlah penganggur di Hong Kong tetep mencapat 240 ribu orang walaupun kadar pengangguran telah menurun kepada 6.9% bermula bulan April hingga Jun yang lalu, telah mencipta rekod paling rendah dalam tempoh 28 bulan yang lalu.

Setia usaha Jabatan Pentadbiran Kewangan kerajaan Hong Kong, Tang Yingnian menyatakan bahawa penurunan kadar pengangguran itu berlaku adalah disebabkan perkembangan industri utama di Hong Kong, antaranya industri pelancongan dan pembinaan. Namun Hong Kong tetap menghadapi cabaran dalam isu pengambilan kerja.

Jabatan Buruh Kerajaan Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong telah membantu 7488 orang untuk mendapat kerja pada bulan Jun yang lalu, dan angka itu meningkat 1.6% berbanding bulan Mei. Pada setengah tahun pertama tahun ini, Jabatan Buruh kerajaan Hong Kong telah berjaya membantu 39303 orang mendapat kerja, jumlah itu telah meningkat 30% berbanding masa yang sama tahun lalu.

Ketua Pengarah Pusat Pembangunan Ekonomi Universiti Sains dan Teknogoli Hong Kong, Lei Dingming menganggap bahawa penurunan kadar pengangguran di Hong Kong telah mencerminkan peluang pengambilan kerja telah wujud di pasaran pada asasnya untuk para penganggur.

Beliau berkata, rakyat jelata baru boleh mendapat keuntungan sekiranya kadar pengangguran menurun kepada 6%. Dijangka kadar pengangguran itu akan menurun kepada 6.4% di Hong Kong pada penghujung tahun ini. Manakala matlamat penurunan kadar pengangguran kepada 6% adalah sukar untuk dicapai pada setahun akan datang selain terdapat faktor yang amat baik."

Lei Dingming menyatakan bahawa kalangan industri dan perdagangan akan mendapat lebih banyak keuntungan pada tempoh permulaan pemulihan ekonomi, mankala pemulihan secara menyeluruh di pasaran tenaga kerja harus dinantikan lagi.