Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2004-07-22 14:44:31    
Penyusun Semula Ekonomi China Capai Kajayaan

Agensi Berita Xinhua China

Naib Ketua Pengarah Biro Ekonomi Suruhanjaya Pembangunan dan Pembaharuan Negara China encik Zhu Hongren dalam sidang akhbar yang diadakan pada 20 Julai menyatakan bahawa tindakan kawalan ekonomi yang diambilkan oleh China baru-baru ini telah mencapai kejayaan ketara. Kadar pertumbuhan kredit menurun dan trend pelaburan yang terlalu pesat telah dikawal dengan berkesan. Penyusun semula sektor yang berkaitan ekonomi juga mencapai kejayaan.

Zhu Hongren berkata, trend operasi ekonomi nasional China dijalankan dengan baik, ekonomi industeri mengekalkan trend perkembangan yang pesat. Bekalan arang batu, tenaga elektrik, minyak bertumbuh dengan stabil.

Menurut perangkaan suruhanjaya tersebut, kadar peningkatan pelaburan dalam bidang industri besi dan keluli, logam non-feros dan simen telah menurun. Jumlah pengeluaran keluli menurun kepada 13.8% pada bulan Jun berbanding 26.4% pada tiga bulan pertama tahun ini. Jumlah pengeluaran aluminuim elektrolisis dan simen masing-masing menurun 9.2% dan 10.6% berbanding dengan tiga bulan pertama tahun ini.

Zhu Hongren berpendapat, keadaan tersebut menunjukkan bahawa tindakan kawalan makroekonomi yang dilaksanakan oleh kerajaan China telah mencapai kejayaan. Akan tetapi, beliau juga menunjukan bahawa masih terdapat beberapa masalah dalam proses operasi ekonomi yang perlu diatasi. skop pelaburan aset tetap masih terlalu banyak, sturuktur pelaburan tidak rasional. Walaupun bekalan arang batu, tenaga elektrik dan minyak berkembang pesat, tetapi masih tidak dapat memenuhi keperluan. Masalah kekurangan arang batu, elektrik, minyak masih belum diatasi.

Selain itu, disebabkan oleh harga minyak dalam pasaran antarabangsa tidak menurun, harga arang batu, tenaga elektrik, minyak dalam negara China masih tinggi.

Zhu Hongren berkata, untuk mengatasi masalah tersebut, kita harus menumpukan perhatian meningkatkan pembaharuan, menyusun semula struktur dan mengubah kaedah pertumbuhan ekonomi serta mengatasi pelaburan tidak bijak dan mencapai pertumbuhan ekonomi.