Menurut Agensi Berita Xinhua China bahawa Anggota Akademi Sains China yang juga Ketua Saintis Projek Penyelidikan Bulan China Encik Ouyang Ziyuan semalam di bandar Guiyang, bahagian barat daya China memaklumkan, pelaksanaan Projek Penyelidikan Bulan akan mendorong kemajuan sains dan teknologi tinggi China.
Ouyang Ziyuan berkata, Projek Penyelidikan Bulan itu dilaksanakan dengan kerjasama banyak bahagian yang menggabungkan kumpulan pakar sains dan teknologi yang paling maju di China.
Projek Penyelidikan Bulan pasti akan mendorong kemajuan sains dan teknologi tinggi dan menjana ekonomi China.
Beliau memaklumkan bahawa Projek Penyelidikan Bulan itu terdiri daripada 5 sistem iaitu sistem penghantaran, satelit, pengukuran dan kawalan, pusat pelancaran dan kawalan di darat.
|