Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2004-07-23 13:15:28    
Penggunaan Petroleum di China Tingkat dengan Pesat

Agensi Berita Xinhua China

Industri petroleum dan petrokimia di China tetap dipercayai mempunyai petensi perkembangan yang luas sebelum tahun 2020, di samping tiu industri gas asli sedang berada dalam tempoh paling penting untuk mempercepat perkembangannya pada masa ini.

Demikian dinyatakan oleh Chen Geng, Ketua Pengurus Kumpulan Petroleum dan Gas Asli China dalam satu forum. Menurut beliau, keselamatan petroleum sedang menghadapi cabaran yang serius pada masa ini disebabkan pelbagai faktor seperti berikut, pertama, penggunaan petroleum di China bertambah dengan benyak pada masa ini. Kekurangan bekalan petroleum akan menjadi faktor utama yang menyekat perkembangan sosioekonomi di China. Jumlah penggunaan petroleum di China dijangka akan mencapai kira-kira 450 juta tan pada tahun 2020. walaupun jumlah pengeluaran minyak di China akan mencapai 200 juta tan dalam tempoh setahun pada masa ini, namun 55% bekalan petroleum di China akan bergantung kepada import dari luar negara.

Kedua, jumlah penggunaan terhadap barangan petroleum dan pertokimia akan bertambah dengan banyak. Jumlah keperluaan China terhadap petrol jum, kerosene dan minyak diesel dijangka akan mencapai 260 juta tan pada tahun 2020.

Ketiga, industri gas asli sudah memasuki tempoh perkembangan yang pesat. Jumlah pengeluaran gas asli akan meningkat kepada 120 bilion meter padu pada tahun 2020 daripada 34 bilion meter padu pada masa ini. Namun begitu, keperluan China terhadap gas asli akan meningkat kepada kira-kira 200 bilion meter padu pada 2020. Gas asli akan menjadi sumber tenaga ketiga terpenting bagi China selepas korsen dan petroleum pada masa ini dengan kadar 10% dalam struktur sumber tenaga yang dapat digunakan sekali.

Keempat China masih perlu meningkatkan penjimatan terhadap penggunaan sumber tenaga kerana kadar penggunaan sumber tenaga lebih rendah 10% kalau dibandingan negara-negara itu.

Kelima walaupun sumber minyak dan gas asli di dunia amat besar, tetapi taburannya kurang seimbang, sehubungan itu persaingan yang sengit tetap berlaku untuk mendapat sumber tenaga.