Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2004-07-23 13:23:08    
Atlet Angkat Berat China Menetapkan Sasaran 6 Pingat Emas dalam Sukan Olimpik Athens

Agensi Berita Xinhua China

Pertandingan angkat berat Sukan Olimpik Athens akan diadakan pada 14 Ogos akan datang. Skuad angkat berat kontinjen China telah menetapkan matlamat memperoleh 6 kutipan pingat emas dalam Sukan Olimpik Athens kali ini.

Pertandingan angkat berat tepat merupakan acara pertandingan utama bagi atlet China untuk memperoleh kutipan pingat dalam pertandingan antarabangsa yang termasuk Sukan Olimpik. Atlet angkat berat wanita China sentiasa menunjukkan kehebatan mereka dalam pertandingan antarabangsa. Pada Sukan Olimpik Sydney 2000, skuad angkat berat kontinjen China telah berjaya memperoleh 5 kutipan pingat emas.

Selepas 6 orang atlet angkat berat lelaki serta 4 orang atlet wanita China sudah melayakan diri untuk menyertai Sukan Olimpik kali ini. Skuat angkat berat China telah mengumumkan matlamat mereka iaitu memperoleh 2 kutipan pingat emas dalam pertandingan angkat berat lelaki serta 4 kutipan pingat emas pertandigan angkat berat wanita.

Skuad angkat berat China telah menghantar 7 orang atlet untuk menyertai pertandingan dalam 6 pertandingan kategori. Jahon angkat berat lelaki kategori 69 kilogram, Zhang Guozheng yang paling berkemungkinan untuk memperoleh kutipan pingat emas dalam Sukan Olimpik kali ini.

Di samping itu, Zhan Xugang, atlet angkat berat lelaki kategori 77 kilogram juga amat berharap memperoleh pingat emas dalam Sukan Olimpik Athens kali ini. Beliau yang sudah berumur 33 tahun perlu berusaha dengan lebih giat untuk menjadi johan kali ketiga dalam menjuarai pertandingan pada Sukan Olimpik.

Kini, persaingan dalam pertandingan angkat berat lelaki kategori 77 kilogram dianggap amat sengit disebabkan atlet dari pelbagai negara antata Iran, Rusia dan Khazakstan telah mempunyai kemampuan untuk memperoleh pingat emas. Sehubungan itu, jurulatih angkat berat China Wang Guoxin berkata sama ada Zhan Xugang boleh menjuarai dengan sekali lagi telah menjadi fokus dalam Sukan Olimpik kal ini.

Skuat angkat berat wanita China yang disebut sebagai "skuad impian" telah merangkul semua 4 kutipan pingat emas dalam Sukan Olimpik 2000. Nanum, mereka tetap menghadapi cabaran dari atlet Eropah, Thailand, Korea Utara dan Malaysia yang kehebatan mereka meningkat dengan cepat. Atlet angkat berat wanita China akan menyertai acara dalam kategori 48 kg, 58 kg, 69 kg serta 75 kg ke atas dalam Sukan Olimpik Athens kali ini.