Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2004-07-23 15:39:10    
Pengenalan tentang Penanaman Pokok telah Memulihara Alam Sekitar China

cri
Pada musim bunga tahun 2000, ribut pasir yang jarang berlaku telah melanda seluruh kawasan utara China termasuk Beijing. Ribut pasir mempengaruhi kehidupan rakyat dan juga mencemarkan alam sekitar. Kerajaan China menumpukan perhatian terhadap masalah itu. Kemudiannya, China memperuntukkan lebih 56 bilion yuan Renminbi untuk melaksanakan projek pengawalan punca ribut pasir di Beijing dan Tianjin secara besar-besaran di kawasan Mongolia Dalam dan Provinsi Hebei di utara China. Berdasarkan projek itu, kawasan yang berlaku ribut pasir seluas lebih 400 ribu kilometer persegi akan dikawal dalam tempoh 10 tahun.

Bandar Zhangjiakou yang terletak di barat laut Bandar Raya Beijing, merupakan salah satu kawasan utama dari projek pengawalan punca ribut pasir di Beijing dan Tianjin. Punca ribut pasir di kawasan utara China, khususnya kawasan Beijing dan Tianjin, berpunca dari dua padang pasir di Wilayah Autonomi Mongolia Dalam, keluasannya lebih 80 ribu kilometer persegi. Bandar Zhangjiakou merupakan laluan ribut pasir dari kawasan tersebut ke Beijing dan Tianjin.

Melalui usaha selama 3 tahun, kadar litupan pokok dan rumput di kawasan Zhangjiakou telah meningkat dengan banyak. Naib Ketua Pengarah Biro Perhutanan Bandar Zhangjiakou Encik Kang Chengfu berkata: "Kadar litupan pokok dan rumput di kawasan projek tersebut telah mencapai lebih 70%. Ini berfaedah bagi mengawal hakisan tanah dan mencegah tanah menjadi padang pasir".

Encik Kang berkata, Projek pengawalan punca ribut pasir itu juga telah memulihara kualiti udara di kawasan Zhangjiakou. Dalam dua tahun kebelakangan ini, cuaca yang berlaku ribut pasir di bandar itu telah berkurang dengan ketara. Serentak itu, projek itu juga telah memulihara ekologi alam sekitar di kawasan Beijing. Kini, kejadian ribut pasar semakin kurang dan tahap serius ribut pasir semakin berkurang berbanding tahun 2000.

Pengarah Bahagian Penanaman Pokok Jabatan Perhutanan Negara China Encik Wei Diansheng memaklumkan wartawan kami, pada penghujung tahun 1970-an, China telah melancarkan kempen penanaman pokok secara besar-besaran. Antaranya, yang paling terkenal ialah sistem projek hutan perlindungan di timur laut, utara dan barat laut China. Projek menanam pokok dari timur ke barat sepanjang lebih 4400 kilometer dan keluasannya lebih 4 juta kilometer persegi. Encik Wei Diansheng berkata: " Setelah melaksanakan projek hutan perlindungan di timur laut, utara dan barat laut China" pada 20 tahun yang lalu, ekologi alam sekitar di sebahagian kawasan telah dipulihara dengan baik. Antaranya, sistem hutan perlindungan ladang pertanian di dataran Shanjiang iaitu ( Sungai Songhua, Sungai Nejiang dan Sungai Heilongjiang) di timur laut China selesai dilaksanakan dan oasis di selatan Xinjiang juga telah terbentuk.

Dimaklumkan, projek penanaman pokok China juga melibatkan sistem hutan perlindungan di kawasan aliran sungai Yangtze China, serta projek pemulihara tanah pertanian menjadi hutan semula dan projek mencegah pemendapan pasir dan lain-lain. Setelah projek tersebut dilaksanakan, China akan menjadi negara yang paling banyak menanam pokok di dunia. Dijangka, dalam beberapa tahun kebelakangan ini, keluasan penanaman pokok di China pada setiap tahun mencatat 6.6 juta hektar.

Bandar Ningguo Provinsi Anhui di timur China berjaya melaksanakan projek mewujudkan hutan perlindungan. Bandar itu terletak di kawasan hilir Sungai Yangtze. Timbalan Datuk Bandar Ningguo Encik Yu Honghan berkata kepada wartawan: "Atas usaha selama kira-kira 7 tahun, kadar litupan hutan di Bandar Ningguo telah meningkat 4%, kini telah melebihi 70%. Bandar itu yang terletak di pinggir Delta Sungai Yangtze berjaya mewujudkan ekologi alam sekitarnya yang indah, ekonominya berkembang maju dan rakyat hidup aman sentosa".

Pengarah Bahagian Jabatan Perhutanan Negara China Encik Wei Diansheng berkata, melalui pembangunan dalam beberapa puluh tahun yang lalu, China telah melaksanakan cara yang berkesan dalam bidang penanaman pokok. Beliau berkata: "Penanaman pokok di China terbahagi kepada tiga bahagian iaitu pertama projek penanaman pokok oleh negara. Kedua, rakyat menanam pokok dengan suka rela, setiap orang menanam 3 atau 4 batang pokok pada setiap tahun. Ketiga, menanam pokok untuk mendapat efisien ekonomi."

Kini, menanam pokok terutamanya di gunung tandus, tanah pasir serta kawasan hakisan tanah agak serius. Menurut matlamat pembangunan industri perhutanan China, pada tahun 2050, dengan melaksanakan tindakan penanaman pokok dan melindungi hutan asli, kadar litupan hutan China akan meningkat kepada 26% daripada 16.55% sekarang dan mencapai taraf purata kadar litupan hutan dunia.

---- Wang Ling