Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2004-07-23 10:39:30    
Najib Razak: China Rakan Baik Negara Asia Tenggara

Agensi Berita Xinhua China
Menurut Agensi Berita Xinhua China bahawa Timbalan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak semalam di Kuala Lumpur berkata, China merupakan negara besar yang bertanggungjawab dan rakan kerjasama yang baik negara Asia Tenggara.

Dalam Seminar Antarabangsa Hubungan ASEAN-China yang diadakan semalam, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, negara ASEAN dan China mempunyai kepentingan yang sama dalam pelbagai aspek termasuk mempertahankan perdamaian, kestabilan dan pembangunan ekonomi serantau. Kedua-dua pihak akan meningkatkan kerjasama yang saling menguntungkan.

Tambah beliau, China merupakan rakan sekutu ASEAN dan negara ASEAN tidak menerima "Teori Ancaman China". Sebaliknya, "Teori Peluang China" mulai popular di kalangan negara ASEAN.