Menurut Agensi Berita Xinhua, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pertahanan Malaysia, Dato' Seri Najib Tun Razak semasa ditemui Jeneral Guo Boxiong, Naib Pengerusi Suruhanjaya Ketenteraan Pusat China menyatakan, Malaysia akan terus mengamalkan prinsip satu China.
Najib berkata, Malaysia dan China menjalankan kerjasama yang baik sejak kedua-dua negara menjalin hubungan diplomatik. Malaysia mengutamakan perkembangan hubungan persahabatan dengan China dan akan terus mengamalkan prinsip satu China. Beliau juga berharap agar meningkaktan kerjasama ketenteraan kedua-dua negara.
Jeneral Guo Boxiong telah menghargai tinggi hubungan China-Malaysia. Beliau berkata, tentera China bersedia meningkatkan persefahaman dan kepercayaan dengan angkatan tentera Malaysia.
|