Menurut Berita CRI, wartawan dimaklumkan dari Kementerian Pendidikan China bahawa kadar penyekolahan kanak-kanak di bahagian barat China sudah mencapai 97.9%, hanya lebih rendah 0.1% berbanding kadar purata seluruh China.
Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, China meningkatkan peruntukan terhadap pendidikan di bahagian barat China dan telah menjalankan "Projek Pendidikan Wajib Kawasan Miskin" dan "Projek Pembangunan Sekolah Menengah dan Rendah Kawasan Sempadan", dengan jumlah peruntukannya mencapai lebih 10 bilion Yuan RMB.
|