Mulai pada 25 Julai, telefon boleh digunakan di setiap kampung Tibet.
Wialayah Autonomi Tibet seluas 1.22 juta kilometer persegi, jumlah penduduk di sana tidak mencukupi 3 orang purata setiap kilometer persegi. Tempat kediaman petani dan penggembala di sana terpencil. Untuk menyelesaikan masalah telekomunikasi penduduk di Tibet, mulai pada tahun 1951, kerajaan memperuntukkan sejumlah besar dana untuk mencari cara penyelesaian yang sesuai dengan keadaan geologi Tibet seperti kawat, gelombang pendek, gelombang mikro dan lain-lain. Akan tetapi, disebabkan keadaan geologi di Tibet rumit, jarak jauh, pemeliharaan kawat menghadapi kesukaran dan kosnya tinggi, masalah komunikasi hanya diselesaikan di beberapa kampung sahaja.
Kerajaan Pusat dan Dewan Negara China menumpukan perhatian terhadap isu ini, dan menjadikan "Telefon boleh digunakan di setiap kampung Tibet" sebagai salah satu projek penting. China Telekom memperuntukkan 410 juta Yuan RMB untuk membangunkan jaringan net "Telefon boleh digunakan di setiap kampung Tibet". Kampung Yumai di kawasan Shannan merupakan kampung kecil di kawasan sempadan dengan jumlah penduduknya hanya 26 orang. Bentuk muka bumi di sana rumit, cuaca berubah banyak, disebabkan rintangan gunung salji, penduduk Tibet di sana sukar berhubung dengan luar. Untuk mempercepat perkembangan sosioekonomi di kampung kecil itu, kerajaan memperuntukkan 1.27 juta Yuan RMB untuk membangunkan kemudahan telekomunikasi agar kampung Yumai bersama-sama dengan kawasan pertanian dan penternakan lain di Tibet dapat berhubung dengan luar.
Maklumat sudah dicapai yang diakibatkan kesukaran komunikasi sentiasa menyekat perkembangan sosioekonomi di Tibet. Para petani dan penggembala hanya menanyak maklumat pasaran daripada pedagang yang menggelilingi kampung dan desa untuk menjual barang keluaran pertanian dan penternakan mereka. "Telefon digunakan di setiap kampung Tibet" tak syak lagi meningkatkan hubungan antara kawasan pertanian dan penternakan Tibet dengan luar dan mendorong perkembangan ekonomi pasaran.
Saluran perhubungan telah dibentuk, akan tetapi, sama ada para petani dan penggembala mampu menggunakan telefon menjadi isu penting. Isu ini bukan sahaja berkaitan dengan kejayaan yang ketara projek itu, tetapi juga berkaitan dengan sama ada usaha parti dan kerajaan untuk membantu para petani dan penggembala benar-benar mencapai kesan. Sehubungan dengan itu, kerajaan Tibet menetapkan harga bayaran yang bersesuaian dengan kawasan pertanian dan penternakan di Tibet dan mendapat sambutan penduduk di sana. Penduduk di Tibet berpendapat, kualiti telekomunikasi baik, harga bayaran boleh diterima, dan telefon tanpa kawat lancar digunakan di merata tempat di Tibet.
----Ching
|