Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2004-07-26 14:30:09    
Projek Kawalan Bencana Alam di Kawasan Empangan Tiga Gaung Sungai Yangtze

CRI
Projek tali air Tiga Gaung Sungai Yangtze—sungai yang paling panjang di China sedang dibina. Empangan Tiga Gaung berjaya menakung air pada bulan Jun tahun lalu. Projek Empangan Tiga Gaung Sungai Yangtze merupakan projek tali air yang skop pembinaannya paling besar di dunia.

Pembinaan projek Empangan Tiga Gaung Sungai Yangtze bermula pada tahun 1994, tempoh pembinaan projek itu ialah 17 tahun. Sebelum pembinaan projek itu dimulakan, pakar dan sarjana telah memberi pandangan saintifik tentang projek itu. Berdasarkan maklumat, dalam tempoh enam tahun iaitu pada tahun 1997 hingga 2003, sebanyak empat bilion Yuan RMB telah diperuntukkan oleh kerajaan China untuk mengawal bencana alam.

Dalam proses pembinaan Projek Empangan Tiga Gaung Sungai Yangtze, para jurutera telah menjalankan kawalan dan menangani 197 kawasan yang mengalami tanah runtuh dan 81 tempat hakisan tebing sungai. Selain itu, sistem pengesanan dan amaran awal bencana alam telah dibentuk untuk mencegah dan mengawasi berlakunya bencara alam seperti tanah runtuh dan banjir lumpur.

Sudah setahun berlalu sejak empangan Tiga Gaung berjaya menakung air pada bulan Jun tahun lalu. Dalam tempoh satu tahun itu, sistem pengesanan dan amaran telah berfungsi memberi amaran awal tentang bencana alam. Ini mengurangkan dengan maksimum penjejasan bencana terhadap nyawa dan harta benda penduduk tempatan dan menjamin keselamatan empangan. Menurut maklumat wartawan radio kami di bandar Chongqing, Encik Liu Zhan, amaran awal lebih 400 kali bencana alam berjaya dimaklumkan kepada penduduk di sekitar empangan Tiga Gaung pada tahun lalu. Beliau berkata,

"Teknologi dan kemudahan jaringan net telah digunakan dalam sistem pengesanan dan amaran bencana alam di Empangan Tiga Gaung, tugas tersebut ditangani oleh penduduk awam dan pegawai profesional secara berperingkat. Pusat pengesanan khas ditempatkan di kedua-dua tebing Sungai Yangtze dan anak sungai untuk menjalankan pengesanan terhadap bencana alam yang mengancam kaunti dan pekan baru, laluan komunikasi utama, kemudahan infrastruktur penting dan kawasan padat tempat kediaman penduduk di desa; manakala pusat pengesanan yang diberi tanggungjawab kepada penduduk awam ditempatkan di kawasan desa."

Ketua Pengarah Bahagian Persekitaran Geologi Kementerian Tanah dan Sumber Alam China Encik Jiang Jianmin menyatakan, jaringan net telah dibentuk untuk mengesan bencana alam yang berlaku di kawasan penting seperti Empangan Tiga Gaung,

"Kementerian Tanah dan Sumber Alam China dan Jabatan Kaji Cuaca China bersama-sama bertanggungjawab memberi amaran awal bencana alam. Amaran itu dilaksanakan pada bulan Jun hingga bulan September setiap tahun, dan telah mencapai kejayaan setakat ini."

Menurut maklumat Profesor Wang Jing dari Universiti Geologi China, ahli sains China telah membantu memberi maklumat awal dan persiapan dengan sepenuhnya untuk mengatasi bencana gempa bumi yang berlaku setelah empangan Tiga Gaung menakung air. Beliau berkata,

"Gempa bumi yang mungkin berlaku boleh menjejaskan empangan Tiga Gaung dan air yang ditakung oleh membawa bencana, akan tetapi, gempa bumi itu tidak akan mengakibatkan penjejasan yang serius, ini kerana empangan itu dibina di atas massif yang lebih stabil dan tidak pernah retak."

----Ching