Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2004-07-26 14:38:20    
China Aktif Mempelawa Pakar dari luar negara

Agensi Berita Xinhua China
Mempelawa pakar dari luar negara merupakan salah satu aspek penting dalam dasar pembaharuan dan buka pintu di China yang telah memainkan peranan penting dalam perkembangan sosioekonomi China. Ketua Pengarah Jabatan Pentadbiran Hal Ehwal Pakar Asing China Encik Wan Xueyuan semasa diwawancara oleh wartawan memaklumkan kerja mempelawa pakar dari luar negara pada tahun lalu dan rancangan kerja itu pada tahun ini.

Semasa menyebut kerja mempelawa pakar dari luar negara pada tahun lalu, Encik Wan Xueyuan menyatakan, walaupun masyarakat antarabangsa mengalami pergolakan dan wabak SARS berlaku di China, akan tetapi ekonomi terus berkembang pesat di China, dasar pembaharuan dan buka pintu dilaksanakan dengan lebih meluas, mempelawa pakar dari luar negara juga memasuki ke satu era yang baru. Iklim masyarakat terus diperbaiki di China untuk mempelawa pakar dari luar negara. Kerajaan China bukan sahaja mempelawa pakar asing dari luar negara, tetapi juga menghantar tenaga profesional China ke luar negara untuk mengikuti latihan. Pada tahun 2003, kerajaan China telah mempelawa pakar asing berjumlah lebih 445 ribu orang dari luar negara.

Sebagai negara membangun terbesar di dunia, mempelawa pakar dari luar negara merupakan cara penting untuk menyelesaikan masalah kekurangan tenaga profesional dan struktur tenaga profesional yang tidak rasional di China. Sejak dasar pembaharuan dan buka pintu dilaksanakan, kerajaan China telah memainkan peranan penting untuk membimbing dan mendorong pelaksanaan usaha itu. Sebagai badan utama untuk mempelawa pakar dari luar negara di China, Jabatan Pentadbiran Hal Ehwal Pakar Asing China bertanggungjawab untuk menetapkan rancangan dan membimbing tugas mempelawa pakar dari luar negara di seluruh negara; mempelawa pakar asing dari luar negara dan menghantar tenaga profesional China ke luar negara mengikuti latihan untuk menyelesaikan masalah utama yang menjejaskan pertumbuhan ekonomi; terus memperbaiki iklim masyarakat bagi memudahkan tenaga profesional dari luar negara bekerja di China; mendorong pembangunan pasaran tenaga profesional antarabangsa di China, memainkan peranan asas pasaran dalam urusan penetapan sumber tenaga profesional.

Menurut maklumat Encik Wan Xueyuan, Pada tahun 2004, Jabatan Pentadbiran Hal Ehwal Pakar Asing China akan melaksanakan pelbagai kerja berdasarkan permintaan kerajaan dan pembangunan negara untuk membentuk mekanisme mempelawa tenaga profesional yang selaras dengan pembangunan sosioekonomi China dan mewujudkan matlamat masyarakat kaya.

Pertama, mempertahankan pembaharuan dan inovasi, meningkatkan pembangunan perundangan dalam urusan mempelawa tenaga profesional dari luar negara. Membentuk konsep mengutamakan kepentingan tenaga profesional, menghormati prinsip penggunaan tenaga profesional antarabangsa agar dapat menanfaatkan kepakaran mereka dengan sepenuhnya.

Kedua, melaksanakan tugas mempelawa tenaga profesional dari luar negara selaras dengan strategi pembangunan negara yang penting. Tugas mempelawa tenaga profesional akan terus dilaksanakan untuk menyediakan perkhidmatan bagi menyusun semula struktur produksi pertanian, meningkatkan taraf kehidupan kaum tani.

Ketiga, meningkatkan latihan terhadap tenaga profesional khususnya melatih tenaga profesional parti, pentadbiran, kawalan urus niaga perusahaan dan teknologi profesional untuk mendorong perkembangan yang selaras dengan penggunaan tenaga profesional di pelbagai peringkat.

Dan keempat, terus meningkatkan pembangunan pasaran tenaga profesional antarabangsa. Menubuhkan dan menstandardkan badan perantara yang menyediakan perkhidmatan tenaga profesional antarabangsa di China, meningkatkan sistem kemasukan badan perantara yang menyediakan perkhidmatan tenaga profesional luar negara.

----Ching