Menurut Agensi Berita Xinhua, dalam Sidang Heilmuan Antarabangsa Ubat-ubatan Abad ke-21 yang diadakan di Shanghai semalam, Pengerusi sidang itu yang juga Pensyarah Universiti Yale A.S, profesor Zheng Yongqi menyeru pelbagai badan penyelidikan dan perusahaan berusaha mendorong herba ubat tradisional China memasuki pasaran antarabangsa.
Pakar itu berpendapat bahawa jika herba ubat tradisional China hendak diterima di seluruh dunia mestilah dibuktikan ia mengandungi bahan yang berkesan bagi merawat penyakit, menggunakan standard antarabangsa serta penanaman dan pengumpulan herba ubat tradisional China juga mesti mengikut standard mutu yang diakui oleh masyarakat antarabangsa.
|