|
Wartawan CRI melaporkan bahawa Naib Menteri Jabatan Am Pentadbiran Pemuliharaan Alam Sekitar China, Wang Jirong menyatakan sejak projek Tiga Gaung Sungai Yangze menakung air pada Jun tahun 2003, kualiti air dikawal dengan baik, ekologi alam sekitar di situ juga baik.
Menurut maklumat, setakat ini, kerajaan China telah memperuntukkan lebih 4 bilion yuan RMB untuk membina logi rawatan air kumbahan di setiap kaunti di kawasan projek Tiga Gaung Sungai Yangze. Ada pekerja khas mengutip sampah sarap yang hanyut dalam sungai dan tindakan lain untuk memelihara kebersihan air di situ.
|