Kementerian Kesihatan China mengorganisasi pakar berkaitan melaksanakan penganalisisan dan ramalan terhadap bencana dan wabak yang mungkin berlaku pada tahun 2004, melaksanakan peraturan kecemasan sebelum tibanya musim banjir untuk menjamin kerja pencegahan penyakit dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh, di samping itu, menuntut badan pentadbiran kesihatan melaksanakan kerja penyelamatan dan pencegahan penyakit selepas bencana.
Kementerian Kesihatan China menuntut meningkatkan pimpinan, mengutamakan kerja penyelamatan dan pencegahan penyakit selepas bencana, menjamin pengorganisasian, pegawai dan tindakan teratur. Berdasarkan "Rang Cadangan Penyelamatan dan Pencegahan Penyakit Selepas Bencana China", badan pentadbiran kesihatan pelbagai peringkat harus menggabungkan keperluan pencegahan penyakit dan bantuan perubatan selepas bencana dengan keadaan nyata tempatan untuk menetapkan dan melengkapi rang cadangan dan prosedur kawalan kecemasan kerja penyelamatan dan pencegahan penyakit selepas bencana. Menyusun semula dan melengkapi dengan tepat pada waktunya struktur arahan dan kumpulan persiapan profesional penyelamatan dan pencegahan penyakit selepas bencana, melaksanakan latihan teknik untuk meningkatkan keupayaan reaksi kecemasan kumpulan kesihatan.
Berdasarkan peraturan Kementerian Kesihatan, merujuk kepada ciri-ciri bencana dan wabak penyakit berjangkit tempatan dalam tempoh beberapa tahun yang lalu, badan pentadbiran kesihatan pelbagai peringkat harus bekerjasama dengan badan penyeliaan ubat-ubatan, suruhanjaya perancangan dan kewangan mengaturkan dengan sempurna simpanan ubat-ubatan, peralatan perubatan dan benda keperluan serta belanja bantuan. Berdasarkan prinsip "Mengutamakan pencegahan" dan keadaan nyata tempatan, menjalankan pemeriksaan terhadap persiapan kecemasan, tindakan pencegahan dan kawalan terhadap kerja berkaitan yang dilaksanakan oleh badan kesihatan. Masalah yang dihadapi harus diselesaikan dengan segera.
Di samping itu, badan pentadbiran kesihatan di kawasan yang berlaku bencana harus meningkatkan penyeliaan terhadap wabak, melaksanakan sistem laporan, melaporkan dengan terperinci maklumat tentang keadaan bencana, kecederaan, wabak dan penyakit serta pelaksanaan kerja penyelamatan dan pencegahan penyakit selepas bencana. Melaksanakan aktiviti kesihatan, menghapuskan nyamuk, lalat dan tikus, menyah virus terhadap alam sekitar dan air minuman, meningkatkan penyeliaan dan kawalan terhadap kesihatan bahan makanan, penerangan pengetahuan kerja penyelamatan dan pencegahan penyakit selepas bencana untuk meningkatkan keupayaan penduduk awam agar menyelamatkan secara sendiri dan mencegah penyakit.
----Ching
|