Upacara mengucapkan selamat jalan kepada sekarelawan mahasiswa yang menyertai rancangan perkhidmatan secara sukarela di bahagian barat selama setahun Provinsi Shaanxi tahun 2004 telah diadakan di Xi'an baru-baru ini. Seramai 203 sukarelawan mahasiswa tidak lupa akan upacara itu.
Berdasarkan maklumat, tahun ini, seramai 1771 sukarelawan telah menyelesaikan rancangan perkhidmatan di bahagian barat selama setahun. Dalam setahun lalu, mereka memainkan peranan berusaha untuk perkembangan bahagian barat China. Mereka ada yang menuntut secara inisiatif mengajar pelajar di kawasan yang terpencil yang syarat kehidupan dan pengajaran paling sukar; ada yang menyediakan perkhidmatan perubatan di kawasan pergunungan dan kampung; ada yang mempertahankan latihan sains dan teknologi pertanian, membangun pangkalan contoh tuaian makmur bagi meningkatkan pendapatan kaum tani...... mereka bekerja dengan tulus ikhlas dan rajin dan mendapat pujian dan kepercayaan pegawai dan penduduk awam di kawasan bahagian barat.
Setelah mereka tamat perkhidmatan mereka di bahagian barat, mereka menghadapi pemilihan baru. Mereka ada yang ingin melanjutkan pelajaran di universiti, ada yang merancang bekhidmat di bahagian timur, ada yang menetapkan terus bekerja di bahagian barat.
Liu Yong bersama-sama dengan 6 sukarelawan lain menyediakan perkhidmatan di mukim Langxi Kaunti Autonomi Etnik Minoriti Miao dan Tu Pengshui bandar Chongqing. Mereka membangunkan pangkalan contoh sains dan teknologi sawi bunga mahasiswa seluas kira-kira 266.6 hektar di sana. Ini bukan sahaja meningkatkan pendapatan kaum tani tempatan, tetapi juga mengubah kebiasaan tanaman mereka, dan mendorong penyusunan semula struktur pengeluaran pertanian tempatan. Kerajaan kaunti telah menetapkan akan menerangkan pengalaman tanaman sawi bunga yang tuaian makmur tersebut.
Sukarelawan dari Universiti Peking Mo Feng bekerja di pusat kesihatan dan perubatan di Balin Youqi Wilayah Autonomi Mengolia Dalam-- satu kaunti peringkat negara yang diberi bantuan kerajaan dan dilaksanakan penerokaan. Beliau mengetepikan kerja yang gaji banyak di bandar dan menetapkan terus bekerja di pusat kesihatan dan perubatan di Balin Youqi. Beliau berkata, "Ramai orang bekerja di bahagian barat sejak tamat dari universiti. Mereka tidak ada subsidi dan kemuliaan sukarelawan. Berbanding dengan mereka, kerja yang saya laksanakan tidak banyak, dan kehormatan yang saya dapat terlalu banyak."
----Ching
|