Menurut Agensi Berita Xinhua China, Naib Perdana Menteri China, Wu Yi semalam di bandar Dalian China mendedahkan, kerajaan China mengutamakan perkembangan industri perisian dan akan berusaha menyempurnakan iklim perkembangannya.
Wu Yi berkata, pada tahun-tahun kebelakangan ini, kerajaan China telah mengemukakan beberapa dasar dan tindakan untuk mendorong perkembangan industri perisian. China akan tetap meningkatkan kerjasama dan pertukaran dengan negara-negara Asia-Pasifik dalam bidang maklumat, khususnya dalam industri perisian, menimba pengalaman pelbagai negara dalam usaha mengembangkan industri perisian dan memberi sumbangan kepada ekonomi di rantau Asia-Pasifik.
|