Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2004-07-28 15:55:32    
Kementerian Pendidikan Tetapkan Tindakan Melatih Tenaga Profesional Etnik Minoriti

Agensi Berita Xinhua China
Institusi Pengajian Tinggi akan menerima siswazah lanjutan berdasarkan dasar khas daripada 11 provinsi, wilayah autonomi dan bandar di bahagian barat China, khususnya tempat kediaman etnik minoriti yang memerlukan bantuan untuk melatih tenaga profesional peringkat tinggi etnik minoriti. Jumlah siswazah lanjutan yang akan diterima mencatat 2500 orang pada tahun 2005.

5 badan kerajaan China seperti Kementerian Pendidikan, Suruhanjaya Perkembangan dan Pembaharuan dan Kementerian Kewangan telah menetapkan bersama-sama "Cadangan tentang melatih tenaga profesional peringkat tinggi etnik minoriti" baru-baru ini dan menuntut badan berkaitan mengambil tindakan untuk melatih sejumlah besar tenaga profesional yang memelihara perpaduan bangsa dan penyatuan negara, bersedia memberi sumbangan untuk pembangunan kawasan etnik minoriti dan mempunyai keupayaan inovasi. Siswazah lanjutan mulai diterima oleh beberapa institusi pengajian tinggi pada tahun 2005, dan berusaha agar jumlah siswazah mencatat 5000 orang pada tahun 2007.

Berdasarkan "Cadangan" itu, pemimpin institusi pengajian tinggi berkaitan harus menyenaraikan rancangan melatih tenaga profesional peringkat tinggi etnik minoriti dalam rancangan penerimaan siswazah lanjutan tahunan dan dilaksanakan secara khas. Siswazah lanjutan tersebut akan mendapat peruntukan kerajaan, pelajar yang keluarganya miskin juga mendapat subsidi tertentu. Setelah tamat dari universiti, siswazah lanjutan tersebut akan bekerja di badan dan tempat yang ditetapkan menurut perjanjian.

5 badan kerajaan China tersebut menuntut pegawai di kawasan etnik minoriti di bahagia barat China berdasarkan keperluan perkembangan sosioekonomi tempatan, menetapkan rancangan semester pertama latihan tenaga profesional peringkat tinggi etnik minoriti pada tahun 2005 hingga tahun 2010. 5 badan kerajaan China tersebut akan memikul tanggungjawab berlainan. Kementerian Pendidikan bertanggungjawab atas penyelarasan rancangan dan menetapkan dasar dan tindakan tentang menerima pelajar dan pengajaran serta memeriksa pelaksanaan dasar dan tindakan tersebut. Institusi pengajian tinggi memikul tanggungjawab latihan, melaksanakan dengan ketat rancangan pengajaran, menjamin kualiti pendidikan dan melatih tenaga profesional etnik minoriti yang berkelayakan.