|
Lebih 503 ribu orang telah melawat Pameran Buku Hong Kong ke-15 yang diadakan di Hong Kong baru-baru ini.
Pusat Persidangan dan Pameran Hong Kong menarik ramai pembaca dari siang sampai malam. Orang Hong Kong yang terkenal dengan mengutamakan perdagangan, begitu berminat terhadap pameran buku kali ini, menyebabkan orang lain memandang semula kebudayaan di bandar itu.
Pengurus Pengedaran Kanan Jabatan Perkembangan Perdagangan Hong Kong Encik Qiu Shonghe menyatakan, "kami berharap pameran buku kali ini bukan sahaja merupakan tempat urus niaga, tetapi juga merupakan peluang bagi penduduk awam menerima kebudayaan dan gemar akan membaca untuk meningkatkan kualiti bandar Hong Kong."
Encik Qiu Shonghe berusaha merancang dan menganjurkan pameran buku dalam tempoh banyak tahun, beliau dengan gembira menyaksikan perkembangan dan perubahan dalam pameran buku di Hong Kong. Jumlah penduduk yang melawat pameran buku meningkat berkali ganda. Beliau menyatakan, "Ratusan ribu penduduk awam membeli dan membaca buku pada masa yang sama, ini amat penting bagi sesebuah bandar."
Beliau teristimewa menyebut aktiviti yang diadakan dalam tempoh pameran buku seperti "Penilaian buku baru", "Membaca dengan anak", "Seminar penulis" dan lain-lain. Beliau berkata, "Keghairahan pendudu awam mengakibatkan kami menyaksikan potensi besar pameran buku dan harapan perkembangan bandar Hong Kong, ini meningkatkan kepercayaan kami agar mengadakan dengan lebih baik pameran buku."
Dalam ruang pameran, pembaca Hong Kong baik lanjut usia maupun kanak-kanak gemar akan bahan terbitan dari Tanah Besar.
Beberapa penduduk Hong Kong memberitahu wartawan, mereka suka buku-buku yang diterbitan dari Tanah Besar, bukan sahaja kerana harga buku murah, tetapi juga kerana isi kandungan buku tersebut banyak dan bermanfaat bagi pembaca.
Encik Qiu Shonghe menyatakan, "usahawan penerbitan Tanah Besar menyertai pameran buku Hong Kong pada tahun 1997. Seiring dengan huruf singkatan diterima oleh penduduk Hong Kong, buku-buku terbitan Tanah Besar laris dijual di Hong Kong. Buku-buku dalam bidang akademi dan sains mendapat sambutan banyak."
Dalam Pameran Buku Hong Kong kali ini, aktiviti "Seminar kebudayaan bandar bahasa Mandarin" serta "Dialog antara remaja dengan penulis" menarik perhatian orang ramai.
Encik Qiu Shonghe memaklumkan, sejak tahun 2000, aktiviti penyelidikan dan perbincangan akademi dilaksanakan dalam pameran buku Hong Kong. Pada tahun ini, aktiviti yang disertai oleh sarjana dan penulis dari Hong Kong, Makau, Tanah Besar dan Taiwan menjadi kandungan utama.
----Ching
|