Menurut Agensi Berita Xinhua, baru-baru ini, Dewan Negara China telah mengesahkan pembinaan Loji Tenaga Nuklear San Men yang terletak di Provinsi Zhejiang, kawasan timur China. Loji itu merupakan loji tenaga nuklear kedua di Provinsi Zhejiang China.
Dimaklumkan, selepas Loji Tenaga Nuklear San Men itu siap dibina dan beroperasi jumlah kapasiti tenaga yang dijana akan mencapai lebih 12 juta kilowatt melebihi loji tenaga hidro elektrik Tiga Gaung Sungai Yangze. Difahamkan, Loji Tenaga Nuklear San Men akan beroperasi pada tahun 2010.
|