Pada tahun ini, Kementerian Keselamatan Awam China mencapai kejayaan dalam tindakan khas membasmi dadah yang dilaksanakan di seluruh negara. Untuk menyekat sumber dadah, ancaman dadah dan peningkatan penagih dadah baru, Kementerian Keselamatan Awam China menetapkan baru-baru ini, tindakan antidadah yang berlangsung selama 5 bulan akan dilaksanakan di seluruh negara pada bulan Ogos hingga bulan Disember.
Pada masa ini, China sedang menghadapi tekanan berat yang penyeludupan dadah dari luar negara dan sumber dadah di dalam negara meningkat. Pada separuh tahun pertama tahun ini, badan keselamatan pelbagai tempat China dengan aktif melaksanakan tindakan khas untuk membongkar beberapa kes penyeludupan dadah di Provinsi Yunnan, Guangdong, Fujian dan Sichuan. Akan tatapi, jumlah kes jenayah dadah tetap meningkat di seluruh negara. Pada masa ini, masalah dadah wujud dikesan di lebih 2200 kaunti, bandar dan kawasan China. Ketua Pengarah Jabatan Antidadah Kementerian Keselamatan Awam China Encik Yang Fengrui menyatakan,
"Banyak kes penculikan, perompakan dan pencurian dan masalah kawalan keselamatan diakibatkan oleh masalah dadah, pengedaran dadah menjejaskan dengan serius keselamatan dan kestabilan masyarakat negara. Sehubungan dengan itu, membanteras jenayah dadah, menyekat sumber dadah amat penting bagi penyelesaikan masalah dadah di China."
Dalam Sidang Kerja Antidadah Kebangsaan yang diadakan pada bulan Jun lalu, Kementerian Keselamatan Awam China telah mengaturkan kerja antidadah dalam tempoh 5 tahun akan datang. Ketua Pengarah Encik Yang Fengrui menyatakan,
"Tugas utama kami kali ini ialah menangkap penyeludup dadah melalui pengintipan dan pembongkaran kes. Kami mengeluarkan waran tangkap terhadap sejumlah penjenayah dadah yang melarikan diri yang disenaraikan dalam "pusat maklumat penjenayah yang melarikan diri di seluruh negara" dan "Jaringan net tindakan membasmi dadah"; bagi penjenayah yang melarikan diri ke luar negara, kami akan bekerjasama dengan pihak polis negara lain, menangkap mereka melalui kerjasama Pertubuhan Polis Antarabangsa."
Berdasarkan siasatan, setakat penghujung tahun 2003, penagih dadah melebihi 740 ribu orang di China. Pada tahun 1998 hingga tahun 2003, seramai hampir 1.5 juta orang dipaksa menghentikan menagih dadah, akan tetapi 90% orang menagih dadah semula. Sehubungan dengan itu, Ketua Pengarah Encik Yang Fengrui menyatakan, tindakan membasmi dadah kali ini ialah akan membantu penagih dadah tersebut menghentikan dadah semula.
----Ching
|