Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2004-07-29 15:44:28    
Hong Kong Kembangkan Pendidikan Institusi Pengajian Tinggi

Agensi Berita Xinhua China
Semasa menyebut perkembangan pendidikan di universiti Hong Kong, Canselor Universiti Bahasa Mandarin Hong Kong Encik Liu Zunyi memberitahu wartawan bahawa sepatutnya memilih secara bebas belajar di universiti di Tanah Besar atau universiti Hong Kong, pendidikan di Hong Kong harus lebih mudah dan diantarabangsakan.

Menurut beliau, sebagai salah satu bandar yang diantarabangsakan di kawasan Asia Pasifik, perkembangan keantarabangsaan pendidikan institusi pengajian tinggi di Hong Kong berpotensi besar.

"Berdasarkan dasar pada masa ini, kadar pelajar bukan penduduk tempatan di universiti Hong Kong hanya mencatat 4%, dan akan meningkat ke 8%. Saya berharap agar kadar pelajar dari tempat lain di Universiti Bahasa Mandarin Hong Kong mencatat 20% hingga 25% pada masa depan."

Menurut Encik Liu Zunyi, merujuk kepada pengalaman institusi pengajian tinggi terkenal di negara-negara Eropah dan A.S., asal saja kadar pelajar dari tempat lain lebih tinggi, iklim pelbagai akademi baru dapat diwujudkan, menerima pensyarah dan pelajar yang bertaraf tinggi agar model pendidikan di universiti itu benar-benar diantarabangsakan dan menjadi universiti jenama.

Beliau berpendapat, ekonomi dan kebudayaan di Hong Kong maju, suasana pendidikan dan sistem universiti yang berskop besar menyediakan syarat bagi universiti di Hong Kong diantarabangsakan dan industrialisasi.

Encik Liu Zunyi menyatakan, industrialisasi pendidikan amat berkesan di negara-negara seperti A.S., Britain dan Australia. Di samping terus meningkatkan skop pendidikan institusi pengajian tinggi, meningkatkan taraf pengajaran, universiti di negara-negara tersebut juga mempunyai sumber pensyarah dan pelajar yang berkualiti bagi menyediakan daya perkembangan secara berterusan kepada universiti tersebut. Beliau berpendapat, meninjau pertukaran dan kerjasama dalam bidang pendidikan antara Hong Kong dengan Tanah Besar, industrialisasi pendidikan di Hong Kong berpotensi besar.

Beliau menyatakan, dalam proses diantarabangsakan, universiti di Hong Kong seharusnya tidak memberi tekanan kepada pelajar tempatan, dan juga tidak boleh menerima pelajar dari tempat lain untuk mendapat keuntungan. Beliau berkata, "Kami menerima pelajar dari tempat lain bertujuan untuk memajukan pendidikan dan meningkatkan taraf pengajaran."

----ching