Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2004-07-29 16:37:33    
Pusat Latihan Bahasa ASEAN Kawasan Perumahan di Nanning China

CRI
Nanning, ibu kota Wilayah Autonomi Etnik Zhuang Guangxi China semakin hari semakin popular di Asia Tenggara, kerana pada November akan datang, Ekspo China-ASEAN akan diadakan di bandar itu setiap tahun, Nanning telah menarik perhatian negara-negara Asia Tenggara malah seluruh dunia. Sekarang, saya membawa saudara melawat kawasan perumahan Huaqiang di daerah Yongxin Bandar Nanning untuk melihat persiapan yang sedang dibuat oleh penduduk di sana untuk menjayakan Ekspo China-ASEAN.

Saudara pendengar, rakaman tadi adalah suara dari kelas bahasa asing Pejabat Kawasan Perumahan Huaqiang Daerah Yongxin Bandar Nanning, penduduk di sana sedang belajar bahasa Thailand. Terdapat lebih kurang 30 orang penduduk sedang belajar di kelas tersebut, sebahagian daripada mereka sedang tekun menulis manakala yang lain mengikut guru membaca buku.

Untuk menggalakkan penduduk aktif menyertai Ekspo China-ASEAN, Jabatan Kawasan Perumahan Huaqiang pada awal tahun ini telah menubuhkan pusat latihan bahasa ASEAN kawasan perumahan, menyampaikan kursus bahasa ASEAN kepada kakitangan jabatan kawasan perumahan, sukarelawan dan penduduk kawasan perumahan itu. Ketua Jabatan Kawasan Perumahan Huaqiang, Huang Zhixian ialah pengasas pusat latihan itu, beliau berkata,

"Saya menubuhkan pusat latihan itu secara kebetulan. Pada suatu hari saya pergi ke kawasan lain, penduduk di sana semuanya bertutur dalam bahasa dialek dan bukan bahasa Mandarin, saya tidak faham, kalau terdapat orang yang boleh bertutur dengan saya dalam bahasa dialek kampung halaman saya, saya akan berasa sangat mesra. Saya berhasrat menubuhkan satu pusat latihan bahasa ASEAN untuk penduduk di kawasan perumahan kami, kalau penduduk di kawasan perumahan kami boleh bertutur pelbagai bahasa negara ASEAN, tetamu dari ASEAN yang menyertai Ekspo akan berasa sangat mesra."

Ekspo China-ASEAN yang pertama akan diadakan di Nanning Guangxi China pada 3 hingga 6 November akan datang, peserta dari 10 negara anggota ASEAN sudah mendaftar untuk menyertai ekspo tersebut. Sekarang, pusat latihan bahasa ASEAN kawasan perumahan Huaqiang menyediakan kursus bahasa Kemboja, Thailand, Vietnam dan Laos. Dimaklumkan, sejak Mac lepas, pusat latihan itu sudah menjayakan 14 sesi kursus bahasa asing, biasanya kursus itu disampaikan pada hujung minggu. Sekarang, terdapat 70 hingga 80 orang penduduk di kawasan perumahan itu boleh bertutur bahasa ASEAN. Pusat latihan itu mengadakan kursus bahasa asing kepada kekitangan pejabat kawasan perumahan itu, kemudian sukarelawan dan akhirnya ialah penduduk di kawasan perumahan tersebut.

Sejak pusat latihan itu ditubuhkan, penduduk di kawasan perumahan itu giat menyertai kursus bahasa. Antara penuntut di kawasan perumahan itu, terdapat seorang datuk yang berumur 68 tahun, namanya Song Fuguang. Beliau berkata, "Nanning pada November tahun ini akan menganjurkan Ekspo China-ASEAN, sempena ekspo itu, pasti terdapat ramai tetamu dari ASEAN datang ke Nanning. Untuk menunjukkan kemesraan dan ramah-tamah penduduk Nanning, kami harus belajar bahasa ASEAN agar dapat berkomunikasi dengan mereka."

Puan Qin Guoning ialah pegawai pejabat kawasan perumahan Huaqiang, beliau juga aktif mengikuti kursus bahasa di pusat latihan tersebut. Beliau bertutur dalam bahasa Laos, iaitu "Ekspo China-ASEAN" dan "terima kasih".

Guru-guru yang mengajar di pusat latihan itu ialah sukarelawan dari fakulti bahasa ASEAN Institut Etnik Guangxi, Huang Weiwei, pelajar jurusan bahasa Thailand tahun tiga Institut Etnik Guangxi berkata,

"Saya mengajar bahasa asing di sini dengan kemampuan saya untuk memberi sumbangan menjayakan Ekspo China-ASEAN. Kalau penduduk di sini boleh bertutur sedikit sebanyak bahasa ASEAN, boleh menunjukkan imej yang baik penduduk di bandar kami."

Ketua Pejabat kawasan perumahan itu Huang Zhixian menyatakan, oleh sebab Ekspo China-ASEAN akan sentiasa diadakan di Nanning, pusat latihan mereka akan diteruskan. Selain menyediakan latihan bahasa, pusat latihan itu juga akan memperkenalkan pengetahuan tentang Ekspo China-ASEAN, adat resam dan budaya, dan pendidikan negara-negara ASEAN kepada penduduk kawasan perumahan kami, untuk mewujudkan jambatan persahabatan dengan ASEAN.

Andika