 Ekspo Ekonomi dan Perdagangan Kawasan Pan Delta Sungai Mutiara pertama telah dirasmikan di Bandar Guangzhou pada pagi 14 Julai. Ekspo itu dianjurkan bersama oleh 8 provinsi dan satu Wilayah Autonomi di kawasan Pan Delta Sungai Mutiara iaitu Provinsi Guangdong, Fujian, Jiangxi, Hunan, Sichuan, Hainan, Guizhou, Yunnan dan Wilayah Autonomi Etnik Zhuang Guangxi serta Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong dan Makau. Pegawai yang menghadiri ekspo kali ini terdiri daripada Setiausaha Jawatankuasa Provinsi Guangdong dari Parti Komunis China Zhang Dejiang, Naib Ketua Pengara Tetap Jabatan Hal Ehwal Hong Kong dan Makau Dewan Negara China Chen Zuoer, Gabenor Provinsi Guangdong Huang Hua-hua, Naib Pengerusi Jawatankuasa Kebangsaan Majlis Permesyuaratan Politik Rakyat China Chen Shaoji, Naib Ketua Pengarah Pusat Kajian Pembangunan Dewan Negara Li Jianguo dan Naib Menteri Kereta Api China Lu Dongfu.
Setiausaha Jawatankuasa Provinsi Guangdong Parti Komunis China Zhang Dejiang telah merasmikan Ekspo Ekonomi dan Perdagangan Kawasan Pan Delta Sungai Mutiara pertama.
Naib Perdana Menteri Dewan Negara China Wu Yi telah mengutus kawat tahniah kepada penganjur ekspo tersebut. Dalam Kawat tahniah itu, beliau berkata, sempena Ekspo Ekonomi dan Perdagangan Kawasan Pan Delta Sungai Mutiara pertama dirasmikan, saya bagi pihak Dewan Negara menyampaikan tahniah kepada penganjur ekspo kali ini. Kerjasama ekonomi dan perdagangan kawasan Pan Delta Sungai Mutiara sesuai dengan arus perkembangan globalisasi dan integrasi ekonomi dunia, dan sesuai dengan strategi pembangunan China serta telah memangkin kerjasama ekonomi dan perdagangan antara tanah besar dengan Hong Kong dan Makau dan mendorong 8 provinsi dan satu wilayah autonomi menyelaraskan perkembangan, ini amat bermakna bagi mendorong kemakmuran dan kestabilan Hong Kong dan Makau. Ekspo kali ini telah menetapkan matlamat bekerjasama untuk berkembang bersana-sama dan berbincang tentang masa depan. 8 provinsi dan satu wilayah autonomi serta kerajaan Hong Kong dan Makau telah menandatangani rangka perjanjian kerjasama kawasan Pan Delta Sungai Mutiara, ini menandakan kerjasama di kawasan tersebut telah memasuki era".
Timbalan Gabenor Provinsi Guangdong Encik Zhong Yangsheng menjelaskan: " Dengan bantuan jabatan negara dan usaha bersama kerajaan 8 provinsi dan satu wilayah autonomi tersebut serta kerajaan Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong dan Makau, Ekspo Ekonomi dan Perdagangan Kawasan dan Forum Perkembangan Kawasan Pan Delta Sungai Mutiara pertama berjaya diadakan. Perkara ini telah menjadi tumpuan pelbagai lapisan masyarakat serta mendapat perhatian dan sokongan kerajaan Pusat. Di Forum perkembangan ekonomi dan perdagangan kawasan Pan Delta Mutiara pertama, kerajaan 9 campur 2 telah mencapai katasepakat bekerjasama untuk berkembang bersama, dan telah menandatangani rangka perjanjian kerjasama serta mencapai matlamat yang ditetapkan".
Keluasan ruang ekspo tersebut mencatat lebih 20 ribu meter persegi dan disediakan 1056 buah gerai pameran. Seramai lebih 10 ribu orang pedagang menyertai ekspo kali ini. Projek yang dibincangkan dalam ekspo kali ini melibatkan bidang infrastruktur, perdagangan, pelancongan, sektor pertanian, sumber tenaga dan lain-lain. Terdapat beberapa Projek kerjasama dan perjanjian telah ditandatangani dalam ekspo kali ini.
Seorang pegawai kerajaan Wilayah Autonomi Etnik Zhuang Guangxi yang menyertai jawatankuasa kerja Penganjur Ekspo kali ini berkata: "Projek kerjasama tersebut melibatkan peruntukan keseluruhan sebanyak 120.2 bilion yuan Renminbi. Peruntukan itu akan digunakan dalam bidang perdagangan, industri pelancongan, sektor pertanian, industri teknologi maklumat dan telekom, perlindungan alam sekitar dan lain-lain".
Gabenor Provinsi Guangdong Huang Hua-hua ketika memperkenalkan ekspo kali ini berkata: "Forum Perkembangan Ekonomi dan Perdagangan Kawasan Pan Delta Sungai Mutiara pertama telah berjaya diadakan di Hong Kong, Makau dan Guangzhou pada 1 hingga 3 Jun, ini telah membawa kesan yang penting di dalam dan luar negara. Kerjasama di kawasan pan Delta Sungai Mutiara mulai diadakan dan pelbagai pihak telah mencapai katasepakat dan menetapkan matlamat utama iaitu " bekerjasama untuk berkembang maju, mencipta masa depan".
---- Wang Ling
|