Kerajaan Provinsi Hubei menjalankan penyelarasan dengan badan berkaitan dan sedang mengambil tindakan untuk menjamin bekalan elektrik mencukupi keperluan di seluruh provinsi itu agar pengeluaran dan kehidupan penduduk di bandar dan desa provinsi itu tidak terjejas pada musim panas tahun ini.
Berdasarkan maklumat dalam Sidang Kerja Tenaga Elektrik Provinsi Hubei yang diadakan dan disiarkan secara langsung menerusi siaran TV dan telefon, pada 1 hingga 27 Julai, jumlah penggunaan tenaga elektrik di provinsi itu mencatat 5.099 bilion kilowatt/jam, meningkat 16.8% berbanding tahun lalu dalam tempoh yang sama. Peningkatan itu khususnya disebabkan cuaca sangat panas dan berlaku kemarau, dijangka, jumlah keperluan maksimum bekalan tenaga elektrik pada musim panas tahun ini di provinsi itu akan mencatat mencatat 11.5 juta kilowatt dan jumlah penggunaan elektrik mencatat 250 juta kilowatt/jam sehari.
Di samping jumlah keperluan tenaga elektrik terus meningkat, kekurangan bekalan arang batu dan sumber air untuk menjana kuasa hidroelektrik di seluruh Provinsi Hubei lebih ketara. Pada masa ini, jumlah simpanan arang batu di seluruh provinsi mencatat 336.6 ribu tan, angka itu jauh lebih kurang daripada sejuta tan dalam tempoh yang sama pada masa dahulu. Selain itu, musim hujan sudah berlalu, air di empangan di Provinsi Hubei juga kurang. Kecuali jumlah air di kawasan pengairan Sungai Yangtze sama seperti pada masa dahulu, jumlah air di empangan utama lain kurang 20 hingga 30% daripada tahun-tahun lepas. Ini mengakibatkan masalah bekalan dan permintaan tenaga elektrik semakin meningkat.
Menurut maklumat Suruhanjaya Ekonomi Provinsi Hubei, kerajaan Hubei akan mengambil tindakan untuk menyelesaikan masalah bekalan dan permintaan tenaga elektrik itu, menjamin keperluan pengeluaran dan kehidupan penduduk di bandar dan desa seluruh provinsi pada musim panas dapat dipenuhi.
Pertama, berusaha dengan sedaya upaya mengumpulkan arang batu dan sumber air untuk meningkatkan bekalan elektrik.
Kedua, meneruskan dasar kawalan dan sekatan, meningkatkan pengurusan terhadap keperluan tenaga elektrik.
Dan ketiga, berusaha menggalakkan seluruh masyarakat berjimat cermat menggunakan tenaga elektrik.
----Ching
|