Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2004-07-30 14:30:29    
Tenaga Produksi Kesenian China akan Dikembangkan

Agensi Berita Xinhua China
Majlis nyanyian dan tarian malam gembira secara besar-besaran yang disertai oleh sebahagian besar seniman terkenal China yang bertema "Semoga Beijing lebih cemerlang" akan dirasmikan di Beijing pada 10 Ogos tahun ini. Majlis tersebut merupakan cara penting yang dianjurkan oleh Syarikat Kumpulan Kebudayaan dengan Luar China dan Syarikat Kumpulan Perkembangan Kebudayaan Gehua Beijing setelah kedua-dua syarikat kesenian itu digabungkan.

Berdasarkan maklumat dalam majlis taklimat yang diadakan baru-baru ini, Syarikat Kumpulan Kebudayaan dengan Luar China telah membeli 50% saham Syarikat Kesenian dan Kebudayaan Matahari Gehua Berhad yang di bawah naungan Syarikat Kumpulan Perkembangan Kebudayaan Gehua Beijing dan membentuk "Syarikat Kebudayaan Persembahan China Gehua Beijing Berhad".

Menurut pakar berkaitan, majlis malam gembira yang akan diadakan itu merupakan acara meraikan kejayaan pembentukan semula syarikat tersebut dan industri kebudayaan China yang sistemnya telah berubah.

Pada bulan April lalu, Syarikat Kumpulan Kebudayaan dengan Luar China ditubuhkan dan memulakan proses percubaan pembaharuan sistem kebudayaan terhadap 35 badan kerajaan; pembentukan "Syarikat Kebudayaan Persembahan China Gehua Beijing Berhad" merupakan tindakan penting bagi kumpulan industri kebudayaan pusat China dan kumpulan industri kebudayaan Beijing membatalkan sekatan badan bahagian dan kawasan untuk mencapai kejayaan yang lebih besar dalam pasaran hiburan.

Pengurus Besar Syarikat Kumpulan Kebudayaan dengan Luar China Encik Zhang Yu menyatakan, pembentukan semula industri kebudayaan bertujuan untuk mengaturkan semula sumber, mencipta jenama kebudayaan yang bercirikan sendiri untuk menghadapi cabaran pasaran kesenian yang diantarabangsakan. Badan kebudayaan kerajaan pusat bekerjasama dengan badan kerajaan tempatan untuk mengeluarkan produksi kebudayaan bercirikan tempatan yang diperlukan dalam perkembangan bandar.

Pengurus Besar "Syarikat Kebudayaan Persembahan China Gehua Beijing Berhad" Encik Hu Jingyun memaklumkan, majlis malam gembira yang akan diadakan secara besar-besaran itu merupakan percubaan syarikat itu setelah pembentukan semula industri kebudayaan. Dalam majlis gembira itu, para seniman yang terkenal di China akan mempersembahkan nyanyian dan tarian yang menggambarkan sejarah dan zaman moden bandar Beijing.

Beliau menambah, potensi perkembangan pasaran nyanyian dan tarian, pasaran persembahan pelancongan, pasaran kebudayaan perdagangan dan pasaran persembahan antarabangsa China amat besar. Kerajaan China mengemukakan strategi mengembangkan industri kebudayaan, tindakan itu merupakan berita baik bagi badan kerajaan dan perusahaan kebudayaan dan kumpulan kesenian China.

----Ching