Wartawan CRI melaporkan bahawa wartawan dimaklumkan oleh Suruhanjaya Pembangunan dan Pembaharuan Negara China hari ini, seiring dengan peningkatan pembaharuan sistem pelaburan, hak keputusan pelaburan akan dipegang oleh perusahaan, akan tetapi kerajaan akan meningkatkan penyeliaan dan pengawalan pemuliharaan alam sekitar.
Pegawai suruhanjaya tersebut menyatakan, China akan mengemas tindakan pelaburan perusahaan, menubuhkan sistem saintifik, mengemas standard pemuliharaan alam sekitar dan penggunaan sumber tenaga dan air dalam sektor utama, mencegah pembinaan projek yang berkelebihan.
Pegawai itu berkata, peruntukan kerajaan China akan terutamanya digunakan dalam projek memulihara dan memperbaiki ekoloigi alam sekitar dan meningkatkan pembinaan infrastruktur.
|