Menurut Agensi Berita Xinhua, kota Urumuqi di Wilayah Autonomi Etnik Uigur Xinjiang China akan menubuhkan 10 buah kelinik ujian percuma penyakit AIDS dengan menggunakan wang pinjaman Bank Dunia. Pada 9 Ogos, 10 klinik itu akan beroperasi.
Difahamkan, Xinjiang merupakan kawasan yang mengalami ancaman dadah yang serius. Setakat penghujung tahun 2003, penagih dadah yang didaftar di Xinjiang telah mencapai lebih 22 ribu orang, seramai lebih 8 ribu orang dijangkiti virus AIDS.
|