Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2004-08-02 13:16:12    
Semakin Ramai Pelajar China yang Belajar di Luar Negara Kembali ke Tanah Air Bekerjaya

CRI
 Seiring dengan ekonomi China berkembang dengan pesat, semakin ramai pelajar China di luar negara memilih kembali ke tanah air memulakan kerjaya mereka.

Semasa cuti Krismas tahun 2002, terdapat lebih 400 pelajar China yang belajar di luar negara kembali ke tanah air dari belasan buah negara termasuk A.S, Jepun, Jerman, Britain dan Perancis. Mereka bukan bercuti dan juga bukan berjumpa keluarga, tujuannya adalah memperkenalkan cadangan projek yang akan diusahakan apabila mereka kembali ke tanah air untuk meninjau projek projek itu. Dalam masa seminggu, mereka secara berasingan di lebih 30 Taman Sains, Teknologi dan Industri di 14 Provinsi, Wilayah dan Bandar seperti Beijing, Tianjin, Shanghai, Shanxi dan Heilongjiang mengadakan temu bual dan sidang akhbar tentang projek teknologi dan keluaran terbaru yang diperkenalkan itu. Lebih 900 buah perusahaan dan badan pelaburan dalam negara China telah dikunjungi oleh mereka dan menandatangani lebih 100 perjanjian.

Encik Gao ialah seorang drpd lebih 400 orang pelajar tersebut, beliau berkata,

"Saya belajar bidang kejuruteraan elektronik dan kejuruteraan komputer, sekarang saya bekerja dalam bidang komunikasi dan Internet. Kali ini saya pulang ke China khususnya untuk melihat-lihat iklim pelaburan dalam negara China, supaya saya dapat mengetahui syarat yang perlu saya ada jika ingin memulakan kerjaya di China."

Kerajaan China sentiasa menggalakkan pelajar China di luar negara kembali ke tanah air memulakan kerjaya, dan pada akhir tahun 1980-an, telah menggubal dasar keutamaan untuk mereka. Jawatankuasa Pusat Liga Pemuda Komunis China bersama dengan Persatuan Pelajar Eropah dan Amerika—satu pertubuhan pelajar China yang belajar di luar negara, melancarkan aktiviti "Pelajar China di luar negara kembali ke tanah air memulakan kerjaya", dan mencipta saluran dan menyediakan peluang berhubung untuk mereka. Aktiviti tersebut telah diadakan dua kali. Encik Ni Bangwen, pegawai Liga Pemuda Komunis China memaklumkan,

"Jawatankuasa Pusat Liga Pemuda Komunis China dan Persatuan Pemuda Kebangsaan China menafaatkan masa selama seminggu pada sekitar Hari Krismas setiap tahun, secara besar-besaran mengatur pelajar China di luar negara kembali ke tanah air, mengadakan penerangan hasil kajian mereka, temu bual projek, pengesahan maklumat dan lain lain dengan banyak perusahaan dan taman sians dan teknologi tinggi di China."

Encik Liu Jianya—pemilik Taman Biologi Huang Sheng Teda Tianjin yang disebut sebagai perintis jurusan biologi, telah kembali ke tanah air dari Kanada dan memulakan kerjayanya pada tahun 1998. Beliau berkata, ramai pelajar China di luar negara tidak mendapat cukup maklumat sedangkan China menyediakan peluang yang cukup banyak dan luas."

"A.S merupakan negara yang paling maju dalam bidang teknologi biologi, waktu saya meninjau di Eropah dan Amerika, saya mendapati tidak ada satu perusahaan besar tidak mempunyai seorang pekerja Cina, dan kebanyakan pekerja Cina tersebut ialah pakar dalam bidang sains dan teknologi."

----AZMI