Zoo Beijing bersejarah hampir 100 tahun di kawasan seluas 90 hektar. Keluasannya menduduki tempat ketiga antara zoo bandar di seluruh dunia. Terdapat seramai lebih 7 juta orang mengunjungi Zoo Beijing setiap tahun. Baru-baru ini, Zoo Beijing telah menjadi tumpuan perhatian masyarakat disebabkan kerajaan Bandar Beijing sedang menimbangkan rancangan untuk memindahkan zoo tersebut dari pusat bandar ke luar bandar.
Dimaklumkan beberapa sidang pendengaran telah diadakan membincangkan keluasannya yang kecil.
Bagaimanapun sidang pendengaran tentang hal itu telah menimbulkan perdebatan hebat di kalangan masyarakat.
Terdapat pelbagai faktor mengapa perlunya Zoo Beijing dipindahkan ke luar bandar, misalnya: keselamatan kesihatan umum, kesesakan lalu lintas dan kebajikan binatang.
Namun terdapat juga pendapat yang menentang rancangan tersebut. Ini kerana Zoo Beijing terdiri daripada kebanyakan bangunan lama sebenarnya ia adalah sebahagian warisan sejarah. Mengekalkan Zoo Beijing berfaedah bagi melindungi bangunan lama tersebut.
Jika kerajaan membangunkan projek hartanah baru setelah Zoo Beijing dipindahkan, ia akan mengakibatkan kerugian dalam aspek semangat dan kebudayaan.
Ada orang mengemukakan pertanyaan kepada kerajaan Beijing bahawa keputusan memindahkan Zoo Beijing ke luar bandar melibatkan kepentingan umum, dan kerajaan harus mendapatkan pandangan masyarakat. Adakah kerajaan Beijing harus menyediakan peluang kepada rakyat untuk mengemukakan pendapat mereka?
Dimaklumkan oleh Persatuan Zoo China bahawa seperti Bandar Beijing, terdapat sekurang-kurangnya 16 bandar di China akan memindahkan zoo di bandar-bandar itu ke luar bandar disebabkan pelaksanaan dasar "Sediakan jalan untuk pembinaan bandar".
Tokoh-tokoh yang berpendapat Zoo Beijing harus dipindahkan ke luar bandar termasuk:
Encik Guo Baodong, Wakil Kongres Rakyat Bandar Beijing. Beliau berpendapat bahawa wabak SARS dan Selesema Burung yang berlaku di Beijing dan pelbagai tempat lain di China pada 2 tahun bekelakangan ini menyebabkan kami menimbangkan semula hubungan antara manusia dengan haiwan. Zoo Beijing terletak di kawasan makmur yang terdapat ramai penduduk, pencemaran air dan kekotoran yang dikeluarkan oleh haiwan barangkali boleh menimbulkan jangkitan penyakit daripada haiwan kepada manusia dan amat mengancam kesihatan masyarakat umum.
Puan Mang Ping, tokoh yang terkenal di Beijing berpendapat bahawa pada masa ini, terdapat banyak bandar besar di China telah memindahkan zoo bandar-bandar tersebut ke luar bandar. Zoo baru biasanya dibina di kawasan yang berdekatan dengan bandar dan mempunyai suasana alam sekitar yang baik. Maka suasana kehidupan haiwan juga dapat diperbaiki.
Encik Wang Song, merupakan Profesor Institut Pengajian Haiwan Akademi Sains China. Beliau berpendapat jika haiwan dipelihara dalam zoo, haiwan hanya mempunyai keluasan aktiviti yang terhad, dan jika sering dipelihara dalam kurungan, haiwan tidak sihat.
Tokoh-tokoh yang berpendapat Zoo Beijing tidak harus dipindah ke luar bandar termasuk:
Encik Fang Zhenning, sarjana pembinaan. Beliau berpendapat bahawa Zoo merupakan kemudahan dalam aspek kebudayaan yang penting, dan bukan sahaja kemudahan untuk beristiharat. Contohnya ialah: Zoo Ueno Tokyo Jepun terletak di pusat bandar, dan disekitar Zoo Ueno terdapat Muzium Sains Nasional Jepun, Universiti Kesenian Tokyo, Muzium Kebudayaan Tokyo, dan Balai Lukisan Barat.
Kesan sejarah Taman Leshanyuan yang terletak di dalam Zoo Beijing ditetapkan oleh kerajaan sebagai "Tempat Perlindungan Warisan Sejarah Kategori ketiga Bandar Beijing". Ia merupakan kawasan yang bernilai tinggi untuk mengkaji sejarah pembinaan. Jika Zoo Beijing dipindah ke luar bandar, kesan sejarah tersebut akan terletak di kebanyakan kawasan wisma komersial dan perumahan moden, dan akan kehilangan nilai kebudayaannya.
----AZMI
|