Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2004-08-02 19:50:25    
Kualiti barangan keluaran perusahaan tradisional di bandar Shenyang China ditingkatkan Menggunakan Teknologi Tinggi

Agensi Berita Xinhua China
Kualiti barangan keluaran perusahaan tradisional di bandar Shenyang terus ditingkatkan menggunakan teknologi tinggi dan ini bermanfaat bagi pembangunan semula pangkalan industri lama di China. Pada tahun 2003, jumlah keluaran industri pembuatan di bandar Shenyang mencatat 81.1 bilion Yuan RMB, merupakan 2.4 kali ganda berbanding dengan tahun 2002; nisbah jumlah keluaran industri pembuatan dalam sektor industri tertentu meningkat kepada 65% daripada 48% pada tahun 2000, antaranya, jumlah keluaran teknologi tinggi meningkat kepada 75 bilion Yuan RMB daripada 46.1 bilion Yuan, meningkat 63%.

Projek kemudahan penting dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh dan sumber sains dan teknologi disusun semula secara menyeluruh. Kerajaan bandar Shenyang memperuntukkan dana, menyediakan dasar bimbingan, melaksanakan cara pemasaran dan bekerjasama dengan badan sains dan teknologi dalam dan luar negara untuk mengadakan penyelidikan sains dan teknologi yang bermanfaat bagi mendorong perkembangan industri pembuatan di bandar Shenyang. Antaranya sebanyak lebih 30 jenis peralatan perubatan digital yang diteroka oleh Kumpulan Neusoft menduduki tempat kedua dalam senarai kadar kedudukan pasaran China; manakala sebanyak lebih 10 jenis robot industri yang diselidik, dikaji dan dibuat oleh Syarikat Robot Siasun menduduki lebih 80% pasaran robot China.

Teknologi maklumat digunakan di perusahaan-perusahaan untuk meningkatkan daya persaingan mereka dalam pasaran. Kerana taraf rekaan, pembuatan dan pengurusan di perusahaan pembuatan kurang tinggi, kerajaan bandar Shenyang memperkenalkan teknologi maklumat seperti rekaan digital, pemprosesan kawalan digital dan teknologi pengurusan dan jaringan net di empat perusahaan industri pembuatan utama seperti Perusahaan Peralatan Mesin dan Perusahaan Petrolkimia.

Sistem inovasi sains dan teknologi serta perkhidmatan dilengkapkan untuk meningkatkan daya persaingan perniagaan teras perusahaan tersebut. Kerajaan bandar Shenyang mendorong pembangunan inovasi teknologi dan perkhidmatan dengan mengutamakan perusahaan pembuatan, atas bantuan institusi penyelidikan, institusi pengajian tinggi dan badan perantaraan sains dan teknologi, menubuhkan Pusat Perniagaan Teknologi Shenyang, Pusat Penyelenggaraan Perusahaan Sains dan Teknologi Tinggi Shenyang dan Taman Perusahaan Pelajar China yang Melanjutkan Pelajaran di Luar Negara untuk mendorong penggunaan hasil sains dan teknologi dan inkubator perusahaan.

Selain itu, kerajaan bandar Shenyang China juga meningkatkan kerjasama dengan institusi penyelidikan dan institusi pengajian tinggi yang lain dalam bidang sains dan teknologi untuk mendorong pembangunan pangkalan pembuatan.

Naib Datuk Bandar Shenyang Encik Wang Ying menyatakan, kerajaan Bandar Shenyang akan terus mengutamakan sains dan teknologi, memperkenalkan teknologi maju, meningkatkan keupayaan penyelidikan dan pembuatan peralatan agar barangan keluaran bandar Shenyang menembusi pasaran antarabangsa dan menjadi jenama terkenal antarabangsa, mempercepat pembangunan pangkalan industri kenderaan utama di China, pangkalan industri pengeluaran mesin yang moden pangkalan perusahaan penerbangan dan pangkalan industri maklumat elektronik agar jumlah keluaran industri pembuatan meningkat dengan kecepatan kira-kira 30% setahun.

----Ching