Agensi Berita Xinhua China melaporkan selaras dengan pertumbuhan ekonomi Makau dan perkembangan industri perjudian, industri hartanah di sana juga ditingkatkan. Baru-baru ini, usahawan hartanah Hong Kong dan Makau memulihkan pembinaan projek rumah kediaman dan hotel di Makau. Potensi perkembangan industri hartanah di sana juga menarik perhatian orang ramai.
Majlis pecah tanah projek peringkat ke-2 pembangunan "Taman Haojing" yang bernilai lebih satu bilion dolar Hong Kong diadakan pada 31 Julai. Usahawan memaklumkan bahawa pada tahun-tahun kebelakangan ini, trend perkembangan ekonomi Makau sangat memuaskan. Mereka yakin penuh terhadap masa depan Makau. Selaras dengan industri perjudian Makau, keperluan orang ramai terhadap rumah kediaman hotel peringkat tinggi semakin ditingkatkan.
Perkembangan industri perjudian Makau juga memangkin perkembangan industeri hotel. Kadar penginapan hotel di sana mencapai 80% pada masa biasa. Hotel peringkat tinggi sentiasa tidak dapat memenuhi keperluan. Oleh itu, usahawan hartanah mula meneroka projek campuran penginapan perniagaan dan hotel.
Disebabkan oleh peningkatan ekonomi Makau, harga rumah kediaman sederhana, pelabur Hong Kong dan Tanah Besar China masing-masing menumpukan perhatian terhadap industri hartanah Makau.
Industri hartanah Makau melosot 10 tahun selepas mengalami ekonmi buih pada tahun 1993 hingga tahun 1994. Pada dua tahun kebelakangan ini, selaras dengan pemulihan ekonomi Makau, industri hartanahnya juga ditingkatkan. Usahawan hartanah menyatakan bahawa mereka berharap harga hartanah selaras dengan peningkatan ekonomi dan keperluan pasaran yang sebenarnya berkembang seara stabil dan selangkah demi selangkah.
|