Menurut Agensi Berita China: Berdasarkan maklumat Jabatan Am Pentadbiran Perlindungan Alam Sekitar China semalam, di samping meningkatkan pertumbuhan ekonomi laut, China berjaya mengawal pencemaran alam sekitar di laut.
Berdasarkan pemeriksaan, kerajaan tempatan di kawasan pantai China telah menutup beberapa perusahaan yang mengakibatkan pencemaran berdasarkan dasar industri negara; selain itu, banyak kawasan perlindungan laut telah dibentuk di China untuk menjalankan perlindungan terhadap sistem ekologi laut; jaringan net pengesanan alam sekitar laut China juga semakin sempurna.
|