Agensi Berita Xinhua China melaporkan bahawa laporan kawalan ekonomi Asia diumumkan oleh Bank Pembangunan Asia baru-baru ini menunjukkan bahawa ekonomi Asia Timur mengekalkan pertumbuhan yang selaras sejak separuh tahun kedua tahun 2003, eksport dan permintaan dalam negara meningkat. Bank Pembangunan Asia menjangka, kadar pertumbuhan ekonomi Asia Timur akan mencapai 7.3% pada tahun ini, trend pertumbuhannya terus dikekalkan.
Kawasan Asia Timur yang disebut dalam laporan tersebut termasuk China, Korea Selatan dan 10 negara anggota ASEAN. Laporan tersebut khususnya memganalisi pertumbuhan ekonomi, penyusunan semula struktur dalam sektor kawangan dan perusahaan serta masalah yang berkaitan di kawasan Asia Timur. Menurut laporan tersebut, walaupun harga minyak sedunia naik, peningkatan KDNK di kawasan Asia Timur masih mencapai 8% pada suku tahun pertama tahun 2004 berbanding 7.6% pada tahun 2003. Bank Pembangunan Asia berpendapat bahawa, keadaan ekonomi di negara industri khususnya A.S. dan Jepun telah dipulihkan. Trend perkembangan perdagangan rantau adalah baik. Permintaan dalam negara di kawasan tersebut semakin tinggi. Semua ini akan menjadikan ekonomi di kawasan Asia Timur mengekalkan pertumbuhan yang pesat. Kadar pertumbuhan ekonomi di kawasan Asia Timur akan mencapai 7.3% berbanding 6.6% yang dijangka oleh bank tersebut pada penghujung tahun lalu.
Menurut laporan tersebut, selain daripada kadar peningkatan KDNK China mencapai 9.8% pada tiga bulan pertama tahun ini, ekonomi Singapura, Filipina dan Malaysia juga meningkat. Walaupun Thailand mengalami kemarau dan selesema burung, tetapi kedar pertumbuhan ekonominya masih mencapai 6.5%. Di samping itu, trend peningkatan ekonomi di kawasan Asia Timur pada tiga bulan kedua masih kuat. Kadar peningkatan KDNK Singapura mencapai 11.7%, kadar peningkatan KDNK China mencapai 9.6% pada tiga bulan kedua tahun ini.
|