Menurut berita CRI: berdasarkan maklumat pejabat Bank Dunia di China hari ini, Majlis Eksekutif Bank Dunia meluluskan pinjaman sebanyak 61.3 juta Dolar Amerika kepada China untuk memulihara alam sekitar di bandar di kawasan Tasik Taihu di bahagian timur China.
Berdasarkan maklumat, pinjaman itu akan digunakan untuk meningkatkan keupayaan memproses air kumbahan, meningkatkan perlindungan sumber air di kawasan Tasik Taihu untuk meningkatkan daya saingan ekonomi dan taraf hidup penduduk tempatan.
|