Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2004-08-04 16:23:19    
5 Juta Pelancong Melawat Gansu

Agensi Berita Xinhua China
Menurut statistik Biro Pelancongan Provinsi Gansu China, setakat penghujung bulan Jun lalu, jumlah pelancong yang melawat ke Gansu telah mencatat lima juta 73 ribu orang dan mendapat peroleha sebanyak 1.51 bilion Yuan Renminbi.

Provinsi Gansu yang kaya dengan sumber alam dan budaya telah menarik ramai pelancong dalam dan luar negara. Antara destinasi pelancongan yang terkenal di Gansu termasuk padang pasir, gunung salji, padang rumput dan Dunhuang.

Pegawai Biro Pelancongan Provinsi Gansu, Zhang Hua memaklumkan pemberita bahawa untuk mendorong perkembangan sektor pelancongan provinsi itu, biro itu telah menetapkan strategi pembangunan yang mengutamakan promosi, pentadbiran, pembinaan infrastruktur dan latihan tenaga profesional.

Untuk mempromosikan produk pelancongan, provinsi Gansu telah mengambil pelbagai langkah. Antara langkah itu termasuk mempromosikan produk pelancongan pangkalan pelancaran kapal angkasa Shenzhou V dan Lukisan Dinding Dewi di Jiuquan kepada 20 bandar di sembilan provinsi China. Biro Pelancongan Bandar Tianshui juga menubuhkan kumpulan untuk mempromosikan destinasi pelancongan di bandar itu di Ekspo Pelancongan Xian. Lanzhou, ibu kota Provinsi Gansu telah memperkenalkan pelbagai produk pelancongan terkenal untuk membina bandar itu menjadi bandar pelancongan di China.

Pada masa ini, di Gansu terdapat kira-kira 360 destinasi pelancongan. Antara itu ada yang telah selesai dibina, ada yang masih belum diteroka dan sebanyak 185 destinasi itu boleh melayan pelancong. Daripada 185 destinasi itu, terdapat 65 destinasi telah menjadi destinasi yang terkenal di China atau dunia.

Terdapat 6 kawasan contoh pelancongan industri dan pertanian telah diluluskan oleh Pentadbiran Pelancongan Nasional China dan akan menjadi kawasan contoh pelancongan industri dan pertanian peringkat negara pertama.

Di samping itu, kerajaan Gansu juga telah meningkatkan pentadbiran terhadap pasaran pelancongan, agensi pelancongan dan pemandu pelancongan, terutamanya dalam tempoh Musim Bunga atau Tahun Baru Imlek Cina dan percutian "1 Mei" dan telah berjaya menjamin aktiviti pelancongan pada masa itu. Selain itu, latihan profesional terhadap anggota pentadbir agensi pelancongan dan hotel, pemandu pelancongan dan ketua pengarah biro pelancongan peringkat kaunti ke atas telah meningkatkan mutu tenaga manusia yang bekerja dalam sektor itu.