Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2004-08-04 11:03:34    
Ekonomi Indonesia Tumbuh Perlahan-lahan

Agensi Berita Xinhua China

Agensi Berita Xinhua China melaporkan bahawa makroekonomi Indonesia sedang berkembang dengan stabil, tetapi berbanding dengan negara anggota ASEAN lain, pemulihan ekonomi Indonesia perlahan-lahan.

Kadar peningkatan KNDK Indonesia mencapai 4.1% pada tahun 2003 dan mengekalkan trend pertumbuhan yang stabil itu pada beberapa bulan pertama tahun ini. Tabung Kewangan Antarabangsa menjangka kadar pertumbuhan ekonomi Indonesia pada tahun ini berkemungkinan mencapai 4.8%, dengan demikian matlamat pertumbukan kerajaan iaitu 4.5% hingga 5% mungkin dapat diwujudkan.

Menutut statistik, kadar inflasi Indonesia tidak sampai 3.3% pada separuh tahun pertama tahun ini dan berada dalam keadaan terkawal. Bank Negara Indonesia menjangka, kadar inflasi tahun ini berkemungkinan dikawal antara 5.5% hingga 6.5%.

Sebagai tenaga mendorong utama pemulihan ekonomi Indonesia, eksport negara itu mengekalkan peningkatan, tetapi kadar peningkatannya tidak besar. Kadar peningkatan eksport Indonesia hanya mencapai 10% pada tahun 1996 hingga tahun 2003. rendah daripada kadar peningkatan Malaysia iaitu 114% dan Korea Selatan 70% serta negara-negara Asia yang lain dalam tempoh yang sama. Jumlah eksport Indonesia mencapai 61 bilion dolar Amerika pada tahun lalu dan meningkat 5.2% berbanding tahun 2002. Akan tetapi jumlah eksport Indonesia pada lima bulan pertama tahun ini mencapai 25.71 bilion Amerika, hanya meningkat 2.2% berbanding tahun lalu.

Beberapa pakar berpendapat bahawa jumlah eksport Indonesia susah mencapai matlamat 7% pada tahun ini.

Pertumbuhan ekonomi Indonesia bergangtung kepada penggunaan swasta dan perbelanjaan kerajaan yang menempati 75% daripada pertumbuhan ekonomi. Akan tetapi, pelaburan di Indonesia masih lembap, ia memurun daripada 18% pada dua tahun yang lalu kepada 17% pada suku tahun pertama tahun ini daripada pertumbuhan ekonomi negara itu.